Kenduri kahwin, hari lahir dibenarkan bermula 1 Julai

Kerajaan membenarkan majlis sosial seperti kenduri dan sambutan hari lahir dibenarkan bermula 1 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kehadiran ke majlis seperti itu dihadkan kepada 250 orang pada satu masa, dan selama 3 hingga 5 jam sahaja.

Selain kenduri dan sambutan hari lahir, antara majlis yang disebut menteri pada sidang media hari ini adalah pertunangan, perjumpaan (reunion), dan ulang tahun perkahwinan.

Kebenaran turut diberikan bagi majlis bersifat keagamaan, seperti tahlil, akikah, dan doa selamat.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker