Kebenaran untuk pusat tuisyen swasta dibincang Jumaat ini

Kerajaan akan membincangkan mengenai pembukaan pusat tuisyen swasta Jumaat ini susulan pembukaan sekolah hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin akan membentangkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan berhubung perkara itu di mesyuarat khas menteri.

“Akan dibentangkan juga penggunaan surau di sekolah,” katanya pada sidang media hari ini.

Sekolah dibuka hari ini bagi pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker