Jika Tunduk Pada Mainan Politik PH, Ribuan Nyawa Akan Terkorban Di Lautan – Bossku

Share

 

Berita 300 orang Rohingya yang mendarat di Langkawi awal bulan ini menjadi sebutan berita antarabangsa hari ini. Mereka lapor bahawa berpuluh orang penumpang telah terkorban dan dibuang ke laut sepanjang perjalanan menderita tempoh 4 bulan dari Bangladesh ke Langkawi. Laporan juga sebut bahawa kerajaan Bangladesh enggan untuk mengambil balik 300 orang yang sampai ke Langkawi.
Berita juga melaporkan bahawa sebuah lagi kapal dengan 500 orang Rohingya yang memulakan perjalanan bersama bot yang berjaya sampai ke Langkawi telah terputus hubungan.

Mereka tak dapat kesan lagi kapal dengan 500 Rohingya itu. Mereka bimbang keselamatan kapal tersebut. Bot-bot pelarian yang disebut dalam berita itu adalah pelarian Rohingya dari Myanmar yang cuba menuju ke Malaysia. Situasi tahun 2013 itu jauh berbeza dengan sekarang. Dulu mereka lari dari Myanmar kerana mereka tiada pilihan apabila nyawa mereka terancam akibat pertempuran bersenjata.
Jauh berbeza dengan situasi sekarang di mana bot pelarian berasal dari kem UNHCR di Bangladesh. Pertempuran bersenjata antara Myanmar dengan Rohingya tidak lagi berlaku sejak tahun 2017.

Kini, mereka nak lari dari kem UNHCR di Bangladesh ke Malaysia
Sebab itu, saya berkali-kali tegur bahawa Malaysia tidak patut menghantar isyarat bahawa negara kita akan ambil sebarang bot pelarian supaya pelarian Rohingya dari kem UNHCR tidak digalakkan memulakan perjalanan yang berbahaya ini. Ianya jauh lebih selamat dan berperikemanusiaan untuk mereka tetap dijaga dalam kem UNHCR di Cox Bazar, Bangladesh berbanding mereka memulakan perjalanan laut di mana ramai akan terkorban sebelum sempat mendekati Malaysia.


Jika kerajaan Malaysia tunduk kepada saranan Ahli Parlimen PH serta NGO-NGO dan memberi isyarat bahawa kita akan ambil semua bot pelarian dari Bangladesh, hasilnya ramai terkorban sebelum mendekati perairan Malaysia, bagaimana mereka nak jawab depan Allah kelak?

Inilah cara penyelesaiannya,

 

Ada 3 cara untuk menyelesaikan masalah bot pelarian etnik Rohingya dari Cox Bazar, Bangladesh ke Malaysia:


1. UNHCR segera ambil langkah tetapkan Cox Bazar sebagai pusat saringan utama bagi penempatan semula pelarian ke negara ketiga serta meningkatkan peruntukan bantuan dan menambah baik keadaan kem pelarian di sana.
Pada masa yang sama, negara-negara maju terutama yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 untuk tawarkan tempat penempatan semula dengan bilangan yang besar secara serta-merta untuk pelarian yang kini berada di Cox Bazar.

2. PBB tidak lagi menunggu dan meterai persetujuan dengan Myanmar untuk benarkan pemerhati-pemerhati PBB bagi menjamin keselamatan pelarian yang memilih untuk pulang ke Myanmar. Pasukan pemerhati ini perlu berada beberapa tahun bagi memastikan keselamatan kepulangan dan penempatan semula. Mereka juga perlu tegas terhadap etnik Rohingya yang berdegil.

3. Negara Myanmar mengiktiraf kewarganegaraan etnik Rohingya.
Jika mana-mana tiga penyelesaian di atas dapat dicapai, pelarian Rohingya di Cox Bazar tidak akan menggadai nyawa lagi serta menggunakan sindiket untuk memulakan perjalanan laut yang amat berbahaya ke Malaysia di mana mereka tidak akan ada harapan untuk diberi kewarganegaraan.


Sebab itu, NGO Human Rights Watch patut fokus kepada tiga cara penyelesaian utama itu.
Bukan dengan berterusan mengkritik Malaysia, mendesak negara kita mengambil lebih banyak pelarian atau dengan memburukkan nama Malaysia di media antarabangsa. Kritik tanpa saranan yang bernas pun tak berguna sebenarnya. Cuba tanya diri sendiri, berapakah jumlah pelarian Rohingya yang telah diambil oleh negara asal NGO itu berbanding jumlah yang sudah dibantu di Malaysia?

Jangan hanya tahu desak kita. Kamu desaklah negara kamu juga.

Jangan gunakan isu pelarian Rohingya untuk melancarkan serangan berbaur politik ke atas kerajaan PN.

FB Najib Razak

Leave a Reply