Takwim baru sekolah membebankan guru dan pelajar.

Oleh Fiesha

Hari ini keluar sudah takwim persekolahan yang baru.

Dalam pelbagai posting media sosial dan pelbagai luahan oleh guru dan ibu bapa terutama sekali bab cuti. Ada juga nasi tambah dari orang politik….

Sebagai seorang penjawat awam aku sebenarnya tidak kisah sangat cuti panjang ke cuti pendek. Kerana apa-apa arahan dari pihak majikan kita patut patuhi.

Takwim persekolahan yang baru ini aku melihat dari sudut pandangan seorang bapa.
Aku merasakan takwim yang diubah ini menjadi sangat padat dan membebankan pelajar serta guru.

Sepatutnya semasa penggubalan takwim ini banyak faktor diambil kira.

1) Keberkesanan PdPc secara online.

2) Faktor kefahaman dan penguasaan pelajar.

3) Pengamalan norma baru dalam PdPc dan disekolah.

4) Faktor kemampuan fasiliti dan sumber tenaga dari pihak pendidik.

5) Faktor trauma mental (sebenarnya banyak pihak terlepas pandang isu ini dan kurang mendapat fokus)

6) Mengejar kembali silibus yang tertinggal semasa PKP.

Penggubalan takwim baru ini patut ditimbang semula oleh pihak atasan.

1) Biarlah sekolah dibuka semula dan menggunakan takwim lama biarlah PdPc berjalan dalam norma baru selama sebulan dua dahulu.

2) Ambil maklum balas dari pihak guru dan pentadbir sekolah( kerana mereka ini grassroot sistem pendidikan negara)

3) Jika boleh guna kaedah soal selidik individu dan bukan hanya melalui dapatan dari ppd atau jpn sahaja.

4) Jika pihak murid memerlukan lebih masa dan memerlukan pernambahan hari dan waktu untuk PdPc. Tambahlah hari persekolahan itu.

5) Jika tahun 2020 tidak mencukupi bagi penambahan untuk sesi pembelajaran maka ambillah hari di tahun 2021.

6) Bukan menjadi dosa jika sesi persekolahan 2020 menjadi sesi persekolahan 2020/2021. Berilah masa untuk fasa pemulihan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spritual.

7) Kita semua kena ingat dan pertimbangkan matlamat utama adalah untuk pelajar, bukan untuk KPI guru, pentadbir, pegawai ppd, jpn atau kpm.

Ini kali pertama dalam sejarah manusia moden berlaku serangan pandemik yang teruk segala perancangan dan kesinambungan aktiviti harian semua manusia berubah. Semua perancangan memerlukan segala pertimbangan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker