Skuad Lang Merah mula berlatih esok

ALOR SETAR: Pasukan Kedah sudah mendapat kebenaran daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk mengadakan latihan pasukan bagi fasa satu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan kepada (PKPP), bermula esok.

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

KFA dalam kenyataannya itu berkata kelulusan itu berdasarkan semakan terhadap dokumen diserahkan pihaknya yang mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kelulusan ini adalah berdasarkan laporan keputusan (swab test) terhadap 16 pegawai dan 26 pemain yang negatif COVID-19 dan pusat latihan berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu Stadium Darul Aman.”



“Oleh yang demikian, sesi latihan pasukan fasa 1 skuad Kedah ini akan diadakan secara tertutup bermula 24 Jun 2020 dan wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan berkata pihaknya sudah melengkapkan kerja-kerja sanitasi dan langkah pematuhan SOP yang disyaratkan kepada pasukan itu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker