Semua tahu Amy dah keluar Search

Semua tahu Amy dah keluar Search

Pemain gitar kumpulan Search, Noordin Mohd Taib mengakui berlapang dada dengan gabungan Amy bersama Nasir, Hillary dan Man Kidal yang kini dalam pembikinan album terbaharu.

Menurutnya, dia dan adiknya Kid mendoakan yang terbaik serta menyerahkan kepada peminat samada mahu menyokong siapa.

“Saya pun tak tahu nak cakap macamana kerana itu hak mereka. Semua orang tahu abang Amy dah keluar Search.

“Perkara ini kena tanya dia sendiri. Biarlah dia buat kenyataan. Tapi saya ralat kerana peminat sudah berpecah. Pada saya, band berpecah tak apa.

“Abang Amy yang paling berusia dalam kumpulan patutnya berfikiran lebih matang. Isu ini kalau ditangani dengan baik dari awal dan cara yang betul tiada masalah sebenarnya,” katanya yang ditemui pada program Grup Lelong Barang Muzik (GLBM) di Evo Mall, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Menurut Noordin atau Din, dia menyerahkan kepada Amy dan anggota lain berkenaan perkara itu.

“Saya akan pakai nama Search kerana tak keluar lagi. Saya akan gunakan dan sampai bila-bila takkan lepaskan Search.

“Perkara ini berlaku tanpa pergeseran. Apabila ini berlaku saya pun tak boleh jawab. Kami bukan tak kenal sesama sendiri. Kata orang kalau ada masalah boleh bawa berbincang. Kita tengok sajalah. Saya tak boleh buat apa kerana saya masih Search,” katanya.

Din berkata, jika ditanya kepada semua peminat pun, mereka akan mengakui dia masih anggota Search sebenar.

“Industri kita bukan besar. Sebenarnya nama Search yang besar dan bukan anggotanya. Ini perebutan nama sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, selepas mengeluarkan barangan Rockology Search: Kid’Din Collection Series pada 17 November lalu, pemain gitar adik beradik ini akan membuka Search Rock Station pula.

Menerusi pengumuman yang dibuat di Facebook Home Of Champions (HOC) dan akaun Facebook peribadi mereka hari ini, Search Rock Station yang berlokasi di Campbell Shopping Complex, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur ini akan mula dibuka pada 31 Disember ini.

“Pengumuman rasmi Agenda 1. Search akan mengadakan Sidang Media untuk Majlis Pembukaan Search Rock Station pada 31 Disember ini, jam 9 malam.

“Aturcara majlis akan dikongsikan kepada pihak media dan peminat dalam masa terdekat ini. Agenda 2 dan Agenda 3 akan diberitahu dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, barangan Rockology Search: Kid’Din Collection Series yang dilancarkan menerusi Facebook Home Of Champions (HOC) mengandungi 17 barangan istimewa antaranya CD kompilasi lagu berat dan balad terbaik yang dipilih sendiri oleh mereka Noordin dan Kid.

Koleksi yang hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan dijual secara dalam talian dengan harga RM299 ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mereka. HM

Semua tahu Amy dah keluar Search


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker