Kami disaman tapi kami tak dapat lawan kes – Shafee

Berikut adalah petikan kenyataan yang dibuat di facebook Tan Sri Shafee Abdullah.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula berhujah bahawa tiada keadaan istimewa bagi mahkamah untuk membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman terus menerusi Perintah 14 Peraturan Mahkamah 2012.

“Plaintiff (LHDN) menghalang mahkamah daripada melihat kepada merit kes ini semasa mereka memohon penghakiman terus.

“Mereka saman kami tapi kami tidak dapat melawan kes ini (menerusi perbicaraan). Bukankah ini pencerobohan terhadap kuasa kehakiman, yang mahkamah tidak dapat berbuat apa-apa?” katanya dan menambah bahawa Perintah 14 adalah undang-undang drakonian dan Seksyen 106 (3) membangkitkan keburukan (monster) daripada undang-undang,” katanya.



Hakim Datuk Ahmad Bache berkata, beliau memerlukan tempoh sebulan untuk memutuskan perkara itu.

Nota : Keadilan apakah ini, bila kita tak dapat melawan kes terhadap kita?
Nasib baik kerajaan dah bertukar, kalau bawah PH semua undang-undang hanyalah atas kertas sahaja. Tapi keputusan seperti kehendak mereka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker