Dr Kamarul Zaman menyaman fitnah terhadap 5 pemimpin Dap.

SAMAN FITNAH TERHADAP LIMA PEMIMPIN DAP

Mereka yang biasa mengikuti perkembangan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasti mengingati peristiwa hampir tiga tahun lalu di mana saya telah menegur pemimpin DAP, Hannah Yeoh, kerana, melalui bukunya bertajuk “Becoming Hannah”, mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau “to preach at churches, to world leaders and to young people” dan betapa beliau “aims to bring Christian faith and service to the public sphere”.

Berikutan teguran saya dan episod-episod selanjutnya, saya telah ditempelak, dituduh, dihina dan diburuk-burukkan oleh pelbagai pihak, khususnya daripada pimpinan DAP, kerana kononnya bodoh, ekstrimis dan tidak layak bergelar pensyarah universiti awam seperti UUM.

SAMAN FITNAH TERHADAP DR ARIFIN OMAR

Berikutan itu juga, saya telah mengumumkan mahu mengambil saman fitnah terhadap salah seorang daripada mereka, iaitu Dr Arifin Omar, yang pada ketika itu merupakan Senator DAP dari Pulau Pinang di atas penerbitan sebuah artikel bertajuk “Dr Ariffin Omar nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan page Roketkini serta artikel lain bertajuk “Senator DAP nasihati Kamarul supaya guna akal” di dalam laman web dan page Malaysiakini.

Saya telah menyebut pada waktu itu bahawa kenyataan Senator DAP dari Pulau Pinang ini mengandungi beberapa kenyataan berunsur fitnah seperti berikut terhadap saya:
“Senator DAP, Dr Ariffin Omar hari ini menempelak tuduhan semberono pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mendakwa kononnya barisan kepimpinan baru DAP mengukuhkan lagi dakwaan kononnya DAP mempunyai agenda Kristianisasi.”
“Menurutnya, beliau tidak hairan sekiranya mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot memandangkan wujud sebilangan ahli-ahli akademik negara ini berfikiran seperti pensyarah berkenaan.”
“Sebelum dia (Dr Kamarul) buka mulut, elok dia fikir dulu sebelum bercakap – elok baca balik Perlembagaan DAP.”
“Dia ni tak ada kerja lainkah? Nak cari pasal pun carilah yang munasabah sikit. Adakah ini tahap ahli akademik kita?”

Saya telah menegaskan pada waktu itu bahawa kenyataan berunsur fitnah tersebut membawa maksud dan difahami bahawa:
Saya adalah seorang ahli akademik yang suka membuat tuduhan semberono.
Saya adalah seorang ahli akademik yang menjadi punca mutu akademik institusi pendidikan di negara ini merosot.
Saya adalah seorang ahli akademik yang tidak berfikir dan tidak menggunakan akal sebelum bercakap atau menulis.
Saya adalah seorang ahli akademik bertahap rendah yang suka menimbulkan isu yang picisan dan tidak munasabah.

Lanjutan dari itu, saya telah mengarahkan peguam saya pada ketika itu menyampaikan surat tuntutan kepada Dr Arifin Omar berikutan fitnah beliau terhadap saya seperti di atas tetapi ia malangnya telah gagal disampaikan kepada beliau.

Saya juga pernah menyatakan hasrat saya untuk menyaman beberapa lagi individu tertentu yang membuat fitnah terhadap saya tetapi kesibukan jadual saya sebagai pensyarah tidak mengizinkan saya berbuat demikian hingga kini.

Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa selain dari melantik seorang peguam baru untuk meneruskan tindakan saman fitnah terhadap Dr Arifin Omar saya juga telah mengarahkan peguam baru saya ini untuk memulakan prosiding saman fitnah terhadap empat (4) lagi pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang, Teresa Kok, Chong Chieng Jen dan Lim Lip Eng.

Saya tahu bahawa fitnah-fitnah, cemuhan-cemuhan, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan penghinaan-penghinaan yang dilemparkan terhadap saya pada ketika itu dan pada tempoh selanjutnya tidaklah terhad kepada lima (5) individu ini sahaja dan masyarakat umum mengetahui bahawa saya juga telah difitnah oleh ramai lagi individu lain pada ketika itu.

Saya tidak menolak kemungkinan mengarahkan peguam saya memperluaskan lagi tindakan saman fitnah ini untuk merangkumi individu-individu lain yang pernah membuat fitnah-fitnah, cemuhan-cemuhan, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan penghinaan-penghinaan terhadap saya.

SAMAN FITNAH TERHADAP LIM KIT SIANG

Saman fitnah saya terhadap Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, adalah berpunca daripada penerbitan sebuah artikel bertajuk “Kamarul Zaman’s police report against Hannah Yeoh raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public university” di dalam laman web dan page Lim Kit Siang dan DAP Malaysia, artikel lain bertajuk “Kamarul Zaman, bukti kegagalan wasatiyyah Najib” di dalam laman web dan page RoketKini, artikel lain bertajuk “Is Kamarul Zaman fit to be a lecturer of a public university?” di dalam laman web dan page MalaysiaKini, artikel lain bertajuk “Attack on Hannah Yeoh puts education in spotlight, Kit Siang claims” di dalam laman web dan page Malay Mail serta artikel lain bertajuk “Hannah tidak pernah berbincang tentang agenda Kristian, kata Kit Siang” di dalam laman web dan page MalaysiaDateLine, semuanya pada 18 Mei 2017.

Di dalam artikel-artikel ini, Lim Kit Siang telah:
(i) Mempersoalkan kewajaran dan kelayakan saya menjadi pensyarah “universiti awam Malaysia yang plural” dengan kenyataan “Kamarul Zaman Yusoff’s false and malicious police report against Selangor State Assembly Speaker and DAP assemblyperson for Subang Jaya, Hannah Yeoh, accusing her of proselytisation of Muslims with the publication of her autobiography ‘Being Hannah’, raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public universities.”
(ii) Menegaskan bahawa laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh berikutan bukunya Becoming Hannah adalah tidak benar dan berniat jahat dengan kenyataan “It is unimaginable that Yeoh’s autobiography on her personal journey to be a good Christian so as to be a good Malaysian would have caused objections, let alone be the subject of a false and malicious police report of proselytisation to Muslims, in the first five decades of our nationhood.”
(iii) Menyimpulkan bahawa saya seterusnya akan mencadangkan pengharaman Bible di negara ini dengan kenyataan “Kamarul Zaman complains that Yeoh’s book had too many verses and quotes from the Bible. Will he next call for the banning of the Bible?”
(iv) Menyatakan bahawa laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh ketika itu adalah bukti bahawa wasatiyyah gagal dipromosikan di Malaysia dengan kenyataan “Kamarul Zaman’s police report is proof of the failure to promote ‘wasatiyyah’ (moderation) in Malaysia…”
(v) Menyimpulkan bahawa saya tidak mengamalkan toleransi agama, bersifat ekstrimis dan menyebabkan ketegangan dengan kenyataan “Is the Najib cabinet prepared to halt such religious intolerance, extremism and polarisation in Malaysia and place the subject as a top agenda at its meeting…”

Kesemua kenyataan Lim Kit Siang ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya tidak wajar menjadi dan tidak mempunyai kelayakan dan kesesuaian untuk menjadi pensyarah di universiti-universiti awam di Malaysia.
(ii) Saya membuat laporan polis dengan bertujuan tidak benar serta berniat jahat.
(iii) Saya menyekat kebebasan beragama penganut Kristian dengan sanggup dan akan mencadangkan pengharaman Bible.
(iv) Saya membuat laporan polis adalah disebabkan saya tidak bersifat wasatiyyah dan tidak sederhana dalam tingkah laku saya.
(v) Saya tidak mengamalkan toleransi agama, bersifat ekstrimis dan menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia.

SAMAN FITNAH TERHADAP TERESA KOK

Saman fitnah saya terhadap Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, adalah berpunca daripada penerbitan sebuah posting di dalam page Facebook Teresa Kok pada 17 Mei 2017 serta sebuah artikel bertajuk “Proselytization claim against Hannah Yeoh can be best described with the Chinese proverb “欲加之罪, 何患無辞 (yu jia zhi zui, he huan wu ci)”” di dalam laman web dan page DAP Malaysia pada 18 Mei 2017.

Di dalam posting ini, Teresa Kok telah:
(i) Menyatakan bahawa saya gila dan merbahaya dengan kenyataan “This UUM lecturer is mad. Who ask him to buy and read Hannah Yeoh’s book? If this book will shaken his faith toward his own religion, then he should not read it. This is dangerous, one day he might lodge police report against Bibles or any religious materials sold in the bookshop. There will be no end to it.”

Di dalam artikel bertajuk ini pula, Teresa Kok telah:
(i) Menyatakan bahawa saya ingin kondem Hannah Yeoh dengan mereka-reka cerita palsu dengan kenyataan “Universiti Utara Malaysia’s (UUM) Malaysian Institute for Political Studies director Kamarul Zaman Yusoff’s allegation that the autobiography of Selangor assembly speaker Hannah Yeoh attempted to “coax, influence and instigate” non-Christians to convert or deepen their interest in Christian teachings can be best described with the proverb “欲加之罪, 何患無辞”” dengan terjemahannya sendiri bahawa peribahasa Cina欲加之罪, 何患無辞 (yu jia zhi zui, he huan wu ci) bermakna sekiranya seseorang ingin kondem orang lain maka dia akan mereka-reka cerita palsu terhadapnya dengan maksud saya adalah orang yang mereka-reka cerita palsu terhadap Hannah Yeoh.
(ii) Menyatakan bahawa saya tidak tahu membuat hujahan dan tidak logik dalam hujahan saya dengan kenyataan “If Kamarul’s argument or logic can be accepted, does it mean that any books or DVDs on other non-Islamic faith that are sold in the bookshops will be seen as propagating their non-Islam religion to Muslims?”
(iii) Menyatakan bahawa saya tidak sesuai atau tidak layak untuk terus menjadi pendidik dengan kenyataan “Being a university lecturer, Kamarul’s narrow and extreme way of looking at Hannah’s book makes one wonder if he is suitable to continue to be an educationist.”
(iv) Menyimpulkan bahawa saya melarang penganut agama-agama bukan Islam daripada bercakap mengenai agama mereka dengan kenyataan “Kamarul should be reminded that the federal constitution guarantees freedom of religion and no one should be forbidden to talk about his or her own religion.”

Kesemua kenyataan Teresa Kok ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya gila dan merbahaya.
(ii) Saya ingin kondem Hannah Yeoh dan oleh itu mereka-reka dan menjaja cerita palsu terhadap Hannah Yeoh.
(ii) Saya tidak tahu membuat hujahan dan tidak logik dalam hujahan saya sebagai ahli akademik.
(iii) Saya tidak sesuai atau tidak layak untuk terus menjadi pendidik atau ahli akademik.
(iv) Saya menyekat kebebasan beragama penganut agama-agama bukan Islam dengan melarang mereka bercakap mengenai agama-agama mereka.

SAMAN FITNAH TERHADAP CHONG CHIENG JEN

Saman fitnah saya terhadap Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin, adalah berpunca daripada penerbitan sebuah artikel bertajuk “DAP Sarawak condemns the act of religious bigotry by Kamarul Zaman Yusoff” di dalam laman web dan page DAP Malaysia, artikel lain bertajuk “Mujurlah penyokong Kamarul Zaman bukan dalam Pakatan Harapan – Chieng Jen” di dalam laman web dan page RoketKini serta artikel lain bertajuk “East M’sia DAP leaders: Attacks on Yeoh sign of increasing intolerance” di dalam laman web dan page MalaysiaKini, semuanya pada 18 Mei 2017.

Di dalam artikel-artikel ini, Chong Chieng Jen telah:
(i) Menyatakan bahawa laporan polis saya akan menyekat kebebasan beragama di Malaysia dengan kenyataan “If Kamarul’s reason for lodging the police report can constitute a ground for investigation and prosecution, then all books containing teaching of any religion other than Islam will be made equally culpable. That will spell the death of Freedom of Religion in Malaysia.”
(ii) Menyatakan bahawa saya adalah pelampau agama dan oleh itu tidak sesuai atau tidak layak menjadi pensyarah di universiti-universiti di Malaysia serta akan menggunakan kedudukan saya sebagai pensyarah untuk menjadikan generasi muda tidak toleran terhadap agama-agama lain dengan kenyataan “DAP Sarawak is also of the view that a religious bigot like Kamarul Zaman Yusoff is an unfit person to teach in a university in Malaysia. Not only is his bigotry act a shame to a multi-racial country of ours, but he, as a lecturer, will influence the minds of the younger generation to be more intolerant towards other religion.”
(iii) Menyatakan bahawa negeri Sarawak selamat tanpa adanya saya dan saya sebagai pelampau agama tidak menghormati kebebasan agama mereka yang bukan Muslim dengan kenyataan “On the one hand, we feel relieved that we in Sarawak is spared from such religious bigot. On the other hand, as Malaysians, we regret and feel sad for the nation that there is such a person in Malaysia, holding a lecturer post in public university, who has not any respect for the Freedom of Religion towards non-Muslims.”
(iv) Menyatakan bahawa saya mencetuskan ketegangan antara kaum dan memupuk kebencian antara penganut-penganut agama dengan kenyataan “It is thus the DAP Sarawak’s stand that the Police, instead of investigating YB Hannah Yeoh, should launch a police investigation on Kamarul Zaman Yusoff for inciting racial disharmony and creating hatred against another religion.”

Kesemua kenyataan Chong Chieng Jen ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya membuat laporan polis bertujuan untuk menyekat kebebasan beragama di Malaysia.
(ii) Saya adalah pelampau agama dan oleh itu tidak sesuai atau tidak layak menjadi pensyarah di universiti-universiti di Malaysia.
(iii) Saya menggunakan kedudukan saya sebagai pensyarah di universiti awam untuk memupuk ketegangan antara penganut agama-agama berbeza di kalangan pelajar-pelajar universiti.
(iv) Saya adalah ancaman kepada perpaduan antara kaum dan penganut-penganut agama berbilang kaum di negeri Sarawak dan di Malaysia.
(v) Saya tidak menghormati hak kebebasan beragama bagi mereka yang bukan Muslim.
(vi) Saya mencetuskan ketegangan antara kaum dan menyemarakkan kebencian antara penganut-penganut agama.

SAMAN FITNAH TERHADAP LIM LIP ENG

Saman fitnah saya terhadap Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong, adalah berpunca daripada penerbitan sebuah artikel bertajuk “Universiti Utara Malaysia lecturer Kamarul Zaman Yusuf should conduct himself in a sensible and noble manner by retracting his police report immediately and to apologize to Hannah unreservedly” di dalam laman web dan page DAP Malaysia, artikel lain bertajuk “Kamarul Zaman perlekeh kebijaksanaan rakyat Malaysia” di dalam laman web dan page RoketKini serta artikel lain bertajuk “‘Bagaimana pula dengan Oh My God, Kamarul?’” di dalam laman web Free Malaysia Today, semuanya pada 17 Mei 2017.

Di dalam artikel-artikel ini, Lim Lip Eng telah:
(i) Menyimpulkan bahawa laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh adalah disebabkan saya terencat akal dan/atau amat lemah iman sampaikan mungkin juga membuat laporan-laporan polis terhadap pelajar-pelajar saya dan mereka yang mendendangkan lagu-lagu Krismas di radio dan TV dengan kenyataan “Will Kamarul make a police report when his students say “Oh my God!” to his face? Or will he make a series of police reports in December when he listens to Christmas songs on the radio or in TV?”
(ii) Menyimpulkan bahawa kualiti saya sebagai pensyarah universiti amatlah rendah hingga menyebabkan kebimbangan ramai dengan kenyataan “Many citizens are worried about the quality of our local university lecturers after Kamarul’s statement.”
Kesemua kenyataan Lim Lip Eng ini membawa maksud dan difahami bahawa:
(i) Saya adalah seorang yang terencat akal dan/atau lemah iman hinggakan membuat laporan polis atas sebab-sebab yang tidak munasabah.
(ii) Saya adalah seorang pensyarah universiti awam yang berkualiti amat rendah.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
BERTARIKH: 23 JUN 2020

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker