Arab Saudi benarkan musim Haji diteruskan, jumlah jemaah dihadkan

Arab Saudi umum Musim Haji tahun ini diteruskan. Namun jumlah jemaah bagi mengerjakan ibadat itu akan dihadkan, susulan pandemik COVID-19.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memutuskan musim haji pada 1441H, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dapat terus dijalankan dengan selamat dari perspektif kesihatan umum dengan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial bagi melindungi umat Islam dari risiko yang dikaitkan dengan pandemik ini.

Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik ini.

Kerajaan Malaysia pada tahun ini telah memutuskan untuk tidak menghantar jemaah haji bagi mengerjakan ibadah haji bagi musim 1441H. Arab Saudi juga tidak membenarkan jemaah dari luar masuk ke Arab Saudi – Mykmu.net

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker