PH : Dari janji manifesto kepada janji bertulis.

Peralihan kuasa Dr M-Anwar akan dijanji secara bertulis, kata Guan Eng, Mat Sabu

Peralihan kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim selepas 6 bulan sekiranya Pakatan Harapan kembali membentuk kerajaan akan dijanjikan secara bertulis.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam kenyataan bersama berkata serahan jawatan perdana menteri itu akan “didokumenkan secara bertulis”, “ditandatangani semua pemimpin parti”, dan “diumumkan secara terbuka”.

Kenyataan ini menjawab keputusan PKR yang menolak pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri gabungan itu, dengan Anwar sebagai timbalannya, dengan peralihan kuasa selepas 6 bulan – “opsyen kedua” yang dibentangkan di mesyuarat majlis presiden 30 Mei lepas.

“Opsyen pertama”, iaitu Anwar sebagai perdana menteri dan anak Mahathir, Mukhriz sebagai timbalan, dikatakan tidak mendapat sokongan sekutu PH, Warisan.

Lim dan Mohamad menjelaskan mereka “konsisten” menyokong Anwar sebagai perdana menteri tetapi pilihan realistik untuk berjaya pada masa ini adalah menggabungkan kekuatan PH, kelompok penyokong Mahathir, dan Warisan.

“Walaupun Mahathir, Warisan, dan PKR tidak dapat saling bersetuju, semua parti dalam PH, Warisan, dan kelompok Mahathir mesti mencari titik persamaan,” kata mereka.

Lim dan Mohamad turut menyanggah dakwaan “gila kuasa” selepas mengemukakan “laluan yang realistik”.

Ini kerana DAP dan Amanah berusaha keras sepanjang 3 bulan lalu untuk mencari titik persamaan yang dapat diterima semua pihak.

“Malangnya, usaha itu belum berjaya,” katanya.

“Kami berharap PKR dan Mahathir, bersama-sama Warisan tidak akan semakin menjauh bahkan terus merapat dan bersatu-padu.”

Related Articles

One Comment

  1. Setelah gila Babi Abam Non diserap penyakit gila khinzir disebabkan patukan ULAR yang sama. Walaupun sekarang ular nyanyuk tu tidak bergigi tidak mungkin Abam Non serah diri dan tengkuk untuk dililit pula ULAR yang sama.
    Selepas enam bulan ULAR kimak Kerala akan menghadap YDPA bubar apa nak buat jika ULAR tu kata biar rakyat pilih jika benar-benar mahukan kamu!!! Jika ini berlaku nescaya Abam Non akan pergi “relahati” ke Sg. Buloh untuk menenangkan otak bodohnya ditipu dengan mudah seterusnya ke hospital… JIWA.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker