Giliran ahli wanita Warisan tinggalkan parti.

 

600 ahli Warisan dilaporkan keluar parti di Sepanggar

Ketua Wanita Warisan Sepanggar, Raisa Abd Ghaffur berkata hari ini bahawa beliau dan 600 ahli keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua bahagian itu, Azis Jamman.

Raisa berkata, Azis, yang merupakan ahli Parlimen Sepanggar tidak pernah menjawab panggilan beliau berhubung penganjuran program parti dan kerja kebajikan.

Bagaimanapun timbalan Raisa, Faizah Din, yang mengambil alih kedudukan Raisa berkata, pemergian beliau adalah disebabkan alasan peribadi.

Beliau berkata, Raisa hanya kembali melakukan kerja-kerja parti baru-baru ini, iaitu dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas cuti bersalin selama 3 bulan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker