DAP Takut Sekiranya Kaum Melayu Tahu Fakta Ini

oleh Lau Chin Kok

Ramai di kalangan masyarakat sering membandingkan MCA dengan DAP, dan berkata DAP lebih baik kerana ia menerima ahli dari pelbagai kaum. Malah, ada juga yang menggunakan contoh perkataan “Cina” dalam nama MCA untuk mempertahankan hujah mereka bahawa kononnya MCA “rasis”.

Kepada mereka ini: Janganlah terpedaya hanya kerana nama DAP tiada perkataan “Cina”. Sama macam perkataan “Demokrasi” dalam DAP, tetapi parti mereka dikuasai Dinasti Lim sejak berapa lama dahulu, malah pemilihan parti mereka pun penuh dengan kesangsian dan kontroversi.

Sejak sekian lama DAP telah menghasut orang bukan Melayu untuk membenci kaum Melayu dengan menggunakan kuota dan hak istimewa Bumiputera sebagai senjata mereka. Namun, pada PRU12 mereka telah sedar bahawa mereka memerlukan sokongan kaum Melayu jika mereka mahu membentuk kerajaan.

Jadi, demi melembutkan imej mereka sebagai pejuang hak Cina yang ekstremis, mereka telah merekrut tokoh aktivis Melayu dan bekas naib presiden Transparency International, Tunku Abdul Aziz pada tahun 2008. Beliau terus dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP sekaligus menjadikan beliau pemimpin paling kanan Melayu di dalam parti tersebut.

Namun, selepas 4 tahun sahaja beliau telah meletak jawatannya dan keluar dari DAP pada tahun 2012.

Apa yang telah berlaku? Rupa-rupanya DAP hanyalah indah khabar dari rupa. Tunku Abdul Aziz telah mendedahkan bahawa beliau tiada ruang bersuara kerana kepimpinan kuku besi Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng tidak suka dasar dan pemerintahan mereka dicabar atau ditentang oleh ahli parti.

Malah, pemilihan parti DAP pada 2017 juga melihatkan hanya seorang Melayu dipilih ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), iaitu Zairil Khir Johari. Jelas sekali kaum Melayu ditolak perwakilan DAP sendiri. Bekas Timbalan Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor telah berkata “Ini mesej jelas DAP hanya menggunakan kuota pemimpin Melayu yang dilantik dalam parti itu untuk meraih simpati masyarakat berkenaan”.

Beliau bukan seorang sahaja yang bercakap demikian. ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktree juga mengakui dirinya sebagai “barua saja” semasa berada di dalam DAP.

Seorang lagi bekas pemimpin DAP Melayu, Mohamad Razali Abdul Rahman yang pernah memegang jawatan Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, juga mengakui calon Melayu yang diletakkan DAP semasa PRU14 hanya berperanan sebagai “burung pemikat” bagi mendapatkan undi Melayu sahaja.

Terakhir sekali, jangan kita lupa Amran Ahmad, Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP dan juga Pemikir Publisiti Pengundi Melayu yang dipecat selepas mendedahkan taktik jahat DAP yang sanggup mencipta puluhan risalah dan rakaman video untuk memfitnah kerajaan BN dan bekas PM Dato’ Sri Najib. Beliau berkata bahawa keputusan itu dibuat selepas menyedari “peranannya dalam parti itu mula terpesong daripada asalnya”

Jadi kawan-kawan sekalian, janganlah terpedaya lagi. Parti Tindakan Demokratik bukan “demokratik” mahupun “parti pelbagai kaum”. Sebaliknya, MCA mungkin sebuah parti kaum Cina, tetapi MCA sedar dan sedia bekerjsama dengan UMNO dan MIC untuk mencapai kemerdekaan, dan juga dengan parti-parti lain di bawah payung Barisan Nasional untuk memastikan bahawa semua masyarakat diberi ruang untuk bersuara.

#TolakDAP
#tolakrasis
#bersamamca

FB News – https://www.facebook.com/KeykokLau/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker