PH tak dapat kalahkan Muhyiddin kerana Anwar – Mahathir

PH tidak berminat untuk ambil alih kerajaan – Dr Mahathir

Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ia susulan keputusan PKR yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tidak sependapat dengan ahli PH lain, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mahukan beliau.

“Itu terpulang kepada mereka, kita tidak akan paksa kalau mereka tidak bersetuju. Tetapi, kita pun tidak bersetuju juga dengan dia.

“Jadi, itulah keadaan sekarang, tergantung-gantung, tidak ada keputusan. Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak berminat untuk kalahkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin),” katanya.

Bekas perdana menteri itu ditemui selepas menghadiri program sembang santai bersama ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi, malam tadi.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas keputusan PKR menolak cadangan mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri, sebaliknya memilih Anwar, jika PH berjaya mengambil alih kerajaan.

DAP dan Amanah pula memilih Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan Anwar dilihat gagal memperoleh sokongan.

Awani

4 thoughts on “PH tak dapat kalahkan Muhyiddin kerana Anwar – Mahathir

  • June 21, 2020 at 20:22
    Permalink

    Hatok Der main ayat “betulkan diri” dan salahkan lagi orang lain dah… Buatnya Abam Non”membara” silap silap banyak kes salah urus negara selama 22 tahun plus 22 bulan dibongkar. Kedalam Hatok Der dan uncle Eng bersama kartelnya jika menjadi kenyataan maka boboy adikberadik pasti “gelisahmanja” panas bagai itik menari-nari diatas zink yang dipanaskan. Hatok Der pasti buat trick baru untuk “menjauhi” balasan kerosakan dan kleptokrasi yang dimilikinya.

    Reply
  • June 22, 2020 at 09:57
    Permalink

    Tunggu sikit hari lagi maka terbubar la PAKATAN HARAPAN gara2 gila kuasa sesama sendiri

    Reply
  • June 22, 2020 at 11:47
    Permalink

    Pulaakk… macm2 la atok nii..

    Reply
  • June 22, 2020 at 19:23
    Permalink

    Melihat senario politik PH, bukanlah sebab DSAI tetapi lebih kepada kesalahan TM sendiri yang menonjolkan diri sendiri untuk calon PM. Keengganan TM untuk memberi laluan kepada DSAI sebagai calon PM telah menyebabkan parti PKR serta rakyat atas pagar boleh menilai betapa takutnya TM terhadap DSAI yang akan menghukumnya kemudian hari. Sebab itu seboleh mungkin dia bersama puak2nya ingin menjatuhkan DSAI.

    Reply

Leave a Reply