Pandelela mengamuk minta bapa beli mainan

ATLET terjun negara, Pandelela Rinong berkongsi salah satu daripada banyak kisah hidup bersama ayahnya atau boleh dianggap ‘hero’ pertamanya, Pamg Joheng.

Bapanya juga mengajar erti untuk menghargai keperluan daripada kehendak dan juga sebagai pencinta makanan yang dikongsi di laman sosial Facebook miliknya sempena Hari Bapa.

“Masa saya kecil, tidak ada banyak benda yang saya mahukan.

“Ketika saya lima tahun, saya terlihat set main dapur di salah sebuah kedai. Saya menarik tangan ayah dan memintanya untuk membelikan main itu untuk saya.



“Tapi ayah menolak membuatkan saya sedih dan mula mengamuk.

Ayah berkata, jika dia belikan untuk saya nanti sekejap saja saya main, esok lusa dia yang akan kemas,” katanya.

Tulis Pandelela lagi, dia tetap menangis dan mahukan mainan berkenaan dan akhirnya ayahnya tewas dan membeli mainan berkenaan.

Dapatlah dia bermain sebagai cef (main masak-masak) dengan gembira malam itu.



Keesokan harinya, ia menjadi seperti mainan lain. Rutin yang sama berulang yang mana mainan itu akan dikemas oleh ayah selepas dia terlupa akan janji yang diberikan.

“Sejak itu, setiap kali saya mahu sesuatu yang tidak penting, ayah akan mengingatkan saya cerita berkenaan dan apabila saya semakin dewasa, ayah akan berkata “Lebih baik beli makanan, lagi kenyang, perut pun happy”.

HM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker