Ambil tindakan terhadap Shahidan – Pemuda Umno Arau

Ambil tindakan terhadap Shahidan – Pemuda Umno Arau

Pemuda Umno Arau meminta parti mengambil tindakan ke atas Ketua Umno Bahagian itu, Shahidan Kassim susulan penularan surat aduan pelanggaran disiplin parti ketika majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan-cawangan di negeri itu, baru-baru ini.

Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, Shahidan sewajarnya dikenakan tindakan disiplin kerana mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua cawangan dan ketua sayap cawangan.

“Beliau telah membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti semasa majlis itu. Selain itu, beliau juga mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera Umno sebagai hiasan di ruang majlis perasmian,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada masa sama, surat itu turut ditujukan kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan bertarikh 18 Oktober 2021.

Syed Atif berkata, aduan secara asasnya dibuat bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan ahli dan pimpinan pelbagai peringkat khususnya di bahagian Arau dan negeri Perlis.

“Demi menjaga nama baik dan maruah parti serta mengelakkan masalah perpecahan yang serius pada masa hadapan, diharapkan aduan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih bulu dapat diambil,” tegasnya.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Shahidan meminta semua pihak tidak mempolitikkan isu penularan gambar memaparkan bendera Bersatu yang tergantung di sebuah dewan yang menjadi lokasi mesyuarat Cawangan Umno dirasmikannya.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa bendera berkenaan sudah lama dipasang di dewan berkenaan sempena lawatan kerja sehari Muhyiddin Yassin semasa menjadi Perdana Menteri, pada 5 Mac lalu.

Bagaimanapun, Shahidan menjelaskan pihak pengurusan dewan berkenaan tidak sempat menanggalkannya kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan notis singkat diterima untuk mengadakan mesyuarat Umno cawangan baru-baru. FMT

Ambil tindakan terhadap Shahidan – Pemuda Umno Arau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker