‘Dinosor Tua’ Disaran Lazimi Tikar Sejadah Dari Merebut Dunia – Mufti Perlis

Gambar Hiasan

 

Dinasour dikatakan telah pupus. Itupun jika benar, satu rahmat ALLAH yang besar buat manusia. Andainya usia dinasour dipanjangkan

sehingga kini, mungkin akan mengundang banyak masalah kepada kita. Manusia apabila usia lanjut tanpa ketakwaan, mungkin mengundang

banyak masalah kepada manusia lain.

“Maka, sudah-sudahlah di penghujung usia. Sehingga bila ingin merebut nama di dunia fana!

“Berhentilah! Lazimilah tikar sejadah,” coretnya di Instagram semalam.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengingatkan “seseorang” agar tidak terus mengejar dunia di saat usia semakin lanjut.

Beliau berkata individu berkenaan perlu sedar dan mendekatkan diri kepada Allah.

Kiriman yang disertakan gambar tulang-belulang dinosaur mengajak pengikutnya berfikir hikmah kepupusan haiwan berkenaan.

“Dinosour dikatakan telah pupus. Itu pun jika benar, satu rahmat Allah yang besar buat manusia.

“Andainya usia dinosour dipanjangkan sehingga kini, mungkin akan mengundang banyak masalah kepada kita.

“Manusia apabila usia lanjut tanpa ketakwaan, mungkin mengundang banyak masalah kepada manusia lain,” katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, nama rata-rata pengikut Asri mendakwa kiasan tersebut merujuk kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka mendakwa kenyataan Mohd Asri itu merujuk kepada hasrat Mahathir untuk menjadi perdana menteri buat kali ketiga di usia 95 tahun atas alasan mahu menyelamatkan Malaysia.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menolak cadangan supaya Mahathir dipilih sebagai perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seterusnya Mohd Asri turut memuatkan doa Saidina Umar al-Khattab ketika pulang dari menunaikan haji.

Doa berkenaan bermaksud:

“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang-belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”.

Related Articles

One Comment

  1. Tak usah campur politik. Tak ada negara dalam dunia yg maju bila ostard memerintah. Taliban atau Isis pun lingkup.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker