Ini lima perkara penting kenyataan media PKPP hari ini

Share

Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu, 20 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 48 individu kerana ingkar PKPP. Daripada jumlah ini 40 individu telah direman manakala lapan lagi dikompaun. Antara kesalahan termasuk berkaitan aktiviti refleksologi atau urut (10 kes) dan aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial (38 kes).

2. PDRM telah membuat 69 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 34,275 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong-lorong tikus. PDRM berjaya menahan 10 warga asing di atas kesalahan imigresen.

3. Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 8,703 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.

4. Pada Jumaat, seramai 281 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Singapura, UAE, China, Brunei, Pakistan, Vietnam dan Hong Kong. Seramai 278 individu diarahkan menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala tiga lagi dibawa ke hospital.

5. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 73 tapak binaan di seluruh Malaysia yang melibatkan 138 penguat kuasa pada Jumaat. CIDB mendapati 56 tapak binaan patuh SOP yang ditetapkan manakala dua tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran. Sebanyak 15 lagi tapak binaan tidak beroperasi.

Awani

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!