COVID-19 : 6 kes baru sahaja, tiada kematian

6 kes jangkitan baru Covid-19, tiada kematian

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal sebanyak 121 orang.

Dalam perkembangan sama, 6 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,535 orang sehingga kini.

“2 kes import, 4 kes tempatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini, seramai 344 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 3 di unit rawatan rapi dan tiada daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 70 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 8,070 orang sehingga kini.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker