14 kes baru Covid-19, tiada kematian

Sebaran :

Sebanyak 14 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, meningkatkan jumlah kumulatif kepada 8,529 kes sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan tiada kematian dilaporkan hari ini.

“Seramai 127 pesakit dikaitkan dengan Covid-19 dibenarkan keluar wad, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang di discaj adalah seramai 8,000 orang.

“Manakala, seramai 4 individu dimasukkan ke unit rawatan rapi,” katanya di Twitter.

Noor Hisham berkata, daripada 14 kes baru dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara, yang merupakan permastautin tetap.

“Daripada 11 kes penularan dalam negara, 7 kes adalah bukan warganegara, manakala 4 kes adalah di kalangan warganegara,” katanya.

Jelasnya bagi 7 kes dalam kalangan bukan warganegara, 2 kes berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Selangor, 2 kes di Sarawak, 1 kes di Perak dan 1 kes di Sabah, membabitkan kes saringan orang kena tahan di lokap di Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang.

“Manakala, 4 kes membabitkan warganegara Malaysia adalah kes di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 2 kes kluster depot tahanan imigresen Bukit Jalil, mereka merupakan kakitangan bertugas di sana.

FMT


Sebaran :

Leave a Reply