Ini tujuan lantik ahli politik ketuai GLC

oleh Ab Jalil Backer

Pelantikan pengerusi GLC dan agensi dari kalangan ahli politik adalah bertujuan memastikan dasar, polisi dan keputusan yang dibuat oleh organisasi tersebut memenuhi kehendak parti pemerintah dan rakyat.

Peranan mereka adalah sebagai proses semak dan imbang kepada pengurusan eksekutif harian organisasi tersebut.

Mereka ini akan mengimbangi antara keperluan korporat dan teknikal, yang telah diuruskan oleh profesional dalam bidang masing-masing, dengan kehendak pemerintah dan rakyat.

Ini kerana pada akhirnya parti pemerintah akan dihukum jika keputusan dan peranan sesebuah GLC dan agensi tersebut mengabaikan kepentingan rakyat.

Mengapa kita perlu Menteri jika negara boleh diuruskan oleh Ketua Setiausaha?

KSU tanpa pengawasan Menteri akan hanya mementingkan birokrasi dan angka-angka cantik tanpa mengutamakan kepentingan rakyat.

Demikian kita ada sistem mengimbangi antara keperluan rakyat dan organisasi kerana kedua-duanya tidak semestinya selari.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker