Dari 1998 rakyat diheret ke jalan raya, kancah politik oleh dua individu ini – Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cukup-cukuplah tindakan dua individu mengheret rakyat ke jalan raya dan kancah politik sejak 1998 sehingga kini semata-mata untuk berebut jawatan perdana menteri.

Katanya, sejak tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rakyat langsung tidak bertanya tentang siapa perdana menteri selepas ini dan suasana aman itu pastinya akan terjejas jika Pakatan Harapan memerintah semula.

Menteri Kanan yang mengepalai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri cukup baik, positif dan telus kerana keikhlasan beliau untuk membetulkan kerosakan zaman Pakatan Harapan.

“Cukuplah sehingga hari ini tidak selesai lagi nak pilih calon perdana menteri. Kalau itu tidak boleh diselesaikan daripada tahun 1998 rakyat diheret ke jalan raya, dan dalam kancah politik kerana dua individu ini.

hari ini.

Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin yang merupakan bekas Timbalan Presiden parti itu berkata, seseorang di dalam PKR harus mengambil tanggungjawab dan bermuhasabah.

Ini kerana, katanya, anggota parti itu sudah muak dengan politik yang melampau di dalam Keadilan sehingga rakyat menjadi mangsa.

Awal hari ini, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan parti pembangkang itu terpaksa menangguhkan pengumuman bakal pimpinan negara yang sepatutnya dilakukan semalam.

Anwar berkata, PH sebagai satu badan sebenarnya telah pun mempunyai keputusan berhubung perkara tersebut tetapi terpaksa merujuk kepada teman-teman lain termasuk Warisan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Azmin turut ditanya mengenai dakwaan beliau akan menubuhkan parti baru setelah meninggalkan PKR pada Februari lalu.

Katanya,beliau masih perlu menumpukan kepada isu-isu penting antaranya mengukuhkan kembali ekonomi selepas penularan pendemik Covid-19.

“Tidak timbul soal membuka parti politik baharu pada ketika ini kerana tumpuan kita adalah memberikan khidmat kepada rakyat,” katanya lagi.

Sebelum ini ada ura-ura bahawa Azmin dan 10 lagi Ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti akan membentuk parti baharu.

Tular di media sosial Ahli Parlimen Gombak itu didakwa bakal menubuhkan parti tersebut bersama pemimpin lain yang bertindak keluar dari PKR sekali gus menyokong Muhyiddin. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker