Pelantikan Paulsen, Timbalan Menteri & KSU Tidak Dimaklumkan? Saifuddin Perlu Jelaskan.

Saifuddin tidak lagi boleh bertangguh dalam memberi penjelasan disebalik kontroversi perlantik Eric Paulsen  menganggotai Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM). Ini kerana rakyat majoritinya umat Islam amat tidak menyenangi dengan langkah sumbang ini kerana ianya bercanggah dengan semangat kerjasama dan roh yang ada dalam imej Perikatan Nasional. Kita jangan lupa bahawa PN didokongi oleh sebahagiaan besar rakyat Malaysia yang majoritinya umat Melayu Islam. Mereka kini amat cakna dan sensitif tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.

Saifuddin sepatutnya lebih bijak dalam menjaga imej beliau yang sebelum ini tercalar teruk kerana terpalit dengan isu ratifikasi ICERD dan isu yang sewaktunya dengannya semasa beliau berada di dalam kerajaan Pakatan Harapan. Jesteru, untuk memperbaiki keadaan itu seharusnya beliau berfikir sejenak dan merenung kembali apakah perlantikkan ini dapat membantu memperbaiki imej beliau atau tindakan ini boleh mengugat imej Perikatan Nasional itu sendiri.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Timbalan Menteri dan KSU Kementerian tidak tahu menahu tentang hal ini. Seolah olah menggambarkan bahawa ini keputusan yang dibuat tanpa merujuk dan berbincang dengan mana – mana pihak yang berkepentingan secara langsung mahu pun tidak langsung. Seolah – olah keputusan ini adalah tindakan beliau seorang diri yang nampak seolah – olah berkepentingan dimata ‘layman’.

Ramai lagi individu yang layak dan jauh berpengalaman dan bersifat sederhana daripada Eric Paulsen yang nyata sangat kritikal terhadap Islam sebelum ini. Ambillah pandangan semua pihak terutamanya mahu pegawai – pegawai di Kementerian kerana mereka sangat berpengalaman. Percayalah, buatlah tindakan yang wajar dengan menarik semula perlantikan berkenaan. Ingat, ,menguruskan persepsi dari mula lebih mudah dari memperbetulkan persepsi apabila sampai kepenghujungnya.. Janganlah nanti apabila rumah dah siap pahat masih lagi berbunyi..

 



Aman Yatim

 

Artikel Terdahulu

 



 


 

Saya tak diberitahu pelantikan Paulsen, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata tiada perbincangan dengan pihaknya dibuat sebelum peguam Eric Paulsen dilantik menganggotai Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).



Menjelaskan hal itu kepada Malaysiakini petang tadi, Zahidi berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah tidak membincangkan hal itu sebelum mengumumkan pelantikan Paulsen.

“Kita tidak tahu lantikan ini. Timbalan menteri, setiausaha (kementerian) semua tidak dibincang.

“Ini adalah keputusan menteri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu ahli parlimen Padang Besar terbabit diminta mengulas rasa tidak puas hati banyak pihak – termasuk dalam kalangan pemimpin parti Perikatan Nasional – dengan pelantikan Paulsen.



Beberapa pihak mendakwa sikap Paulsen terhadap Islam tidak disenangi selain kenyataan serta pendiriannya berhubung isu LGBT.

Hari ini Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan asas dan rasional pelantikan Paulsen oleh Saifuddin.

“Jika kepakaran dalam perundangan dan hak asasi manusia menjadi sandaran, Pemuda Umno beranggapan ramai lagi tokoh peguam atau aktivis yang sederhana dan lebih memahami batasan kebebasan bersuara yang menyantuni acuan masyarakat timur bertunjangkan prinsip agama dan budaya boleh menjadi pilihan,” katanya.

Menteri kena jawab



Semalam beberapa pemimpin PAS turut menggesa agar Saifuddin membatalkan serta-merta pelantikan Paulsen.

Paulsen yang juga wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) adalah seorang daripada 15 anggota MPKM.

Badan itu dipengerusikan Saifuddin sendiri.

Pada 2015 Paulsen didakwa membuat kenyataan bahawa khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme.



Paulsen ketika dihubungi semalam enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

“No comment. Lebih baik begitu (untuk tidak memberikan komen),” katanya kepada Malaysiakini.

Zahidi berkata sebarang penjelasan berhubung pelantikan Paulesen perlu didapatkan daripada Saifuddin.

“Kita (KKMM atau timbalan menteri) tidak boleh beri penjelasan. Menteri yang perlu jawab,” tambah pemimpin Umno itu.

Mkini

Related Articles

One Comment

  1. Mahyuddin kena bertindak tegas dan segera jika mahu sokongan orang Melayu berterusan. PM wajib membuang Saifuddin secepat mungkin dan menggantikannya dengan pemimpin lain. Tindaktanduk Saifuddin sudah melampaui batas; sudah jelas sifat lama nya masih tebal. Apakah kerajaan PN mahukan seorang pengkhianat bangsa dan agama menerajui Kementerian yang penting yang boleh membentuk sifat dan sikap rakyat melalui kaca tv dan media yang berada di setiap rumah seluruh corok negara? Pas jangan teragak2 mendesak supaya Saifuddin ditendang keluar dari Angkasapuri secepat mungkin, jangan tunggu ahli2 sendiri naik marah.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker