Kluster virus baharu China berkembang ketika sempadan Eropah dibuka

Kluster baru koronavirus dikairkan dengan pasar borong makanan Xinfadi selatan Beijing, China. – Foto AFP

CHINA melaporkan sejumlah kes koronavirus (Covid-19) untuk hari kedua berturut-turut pada hari Isnin lalu.

Kes kluster jangkitan terbaru itu mencetuskan kebimbangan berlakunya gelombang kedua pandemik Covid-19.

Kebimbangan itu berlaku ketika banyak sempadan negara di Eropah sudahpun dibuka sebelum musim cuti panas ini.

Media tempatan China melaporkan, orang ramai beratur di sebuah stadium bagi melakukan ujian kesihatan besar-besaran di Beijing iaitu ibu kota negara China.

Pandemik itu kini sedang mengumpulkan ‘kekuatan’ di Amerika Latin manakala Iran dan India melaporkan kebimbangan tentang peningkatan kematian serta jangkitan.

Ia sekali gus mencetuskan kerisauan berhubung cabaran yang perlu dihadapi oleh dunia dalam perjuangan memerangi Covid-19.

Namun, buat masa ini, pandemik tersebut mula perlahan di Eropah dengan kes-kes Covid-19 semakin berkurangan.

Banyak negara kini sudah membatalkan atau melonggarkan perintah berkurung yang mencetuskan masalah ekonomi tetapi tetapi ternyata berjaya menyelamatkan ramai nyawa manusia.

“Sejumlah kecil orang telah dijangkiti pandemik Covid-19. Itulah sebab saya memilih melancong ke Santorini. Pada minggu depan, saya akan pergi ke Crete,” kata seorang pelancong China, Max Han kepada agensi berita AFP.


Seorang anggota polis mengawal kenderaan di sempadan Perancis-Jerman di Huningue, selatan Perancis. – Foto AFP

Crete merupakan sebuah pulau di Greece dan dia tertarik dengan pemandangan matahari terbenamnya.

Greece kini membenarkan kemasukan pelancong dari negara-negara pandemik Covid-19 yang berisiko rendah.

Pada Isnin lalu, ia membuka sempadannya ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Negara-negara EU seperti Jerman, Belgium, Perancis dan Austria mengikuti langkah tersebut pada hari yang berikutnya.

Bagaimanapun, terdapat dua kejadian baru di Rom, Itali dengan 109 jangkitan termasuk lima kematian di sebuah hospital.

Sebanyak 15 lagi kes pula dikesan di sebuah bangunan yang didiami oleh setinggan.

“Ini bermakna virus tersebut masih tidak hilang kebolehjangkitan. Ia tidak menjadi lemah. Kita tidak boleh kecewakan kawalan diri kita,” kata Timbalan Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Ranieri Guerra kepada pemberita.

“Ia tidak dapat dielakkan. Namun, terdapat masa yang terhad dan waktu. Kami hari ini mempunyai peralatan untuk memintas dan mengawalnya,” katanya.

China merupakan negara pertama melaksanakan sekatan perjalanan yang ketat pada awal tahun ini.

Sekatan itu menyebabkan jangkitan Covid-19 menurun kepada hampir sifar ketika kes krisis pandemik tersebut meningkat di seluruh dunia.

Namun, beberapa pegawai kesihatan China pada Isnin lalu melaporkan ketika ini terdapat 75 kes penyakit tentang kesukaran pernafasan di Beijing.

Kumpulan kluster pertama penyakit terbaru itu mempunyai kaitan dengan sebuah pasar borong makanan.

Lebih 10,000 orang sudah diuji termasuk para pekerja di pasar Xinfadi termasuk penduduk tempatan yang pernah melawat pasar tersebut dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Beberapa pegawai kerajaan tempatan berkata, sebanyak 46,000 orang yang tinggal di kawasan tersebut akan diuji seperti mengikut perancangan mereka.

Setakat semalam, lebih 430,000 orang di seluruh dunia sudah meninggal dunia akibat Covid-19.

Seorang pekerja memakai pakaian perlindungan diri membuat semburan menyahjangkit di Lapangan Terbang Bryspil. Kiev, Ukraine pada 13 Jun lalu. – Foto AFP

Di Amerika Syarikat (AS) iaitu negara yang teruk dilanda pandemik tersebut pula mencatatkan 115,700 kematian.

Pada Isnin lalu, ia melaporkan kematian paling rendah dalam tempoh 24 jam sejak Covid-19 memuncak pada pertengahan April lepas.

Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump turut mengakui beberapa negeri menunjukkan peningkatan kes baru.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan menutup ekonomi jika berlaku kemunculan gelombang kedua pandemik itu.

Di negara Asia Barat pula, Iran yang paling teruk dilanda Covid-19 melaporkan peningkatan kecil kematian pada Ahad lalu apabila lebih 100 orang meninggal dunia hanya dalam tempoh sehari buat pertama kali dalam masa dua bulan.

Walaupun berlaku kebimbangan kluster terbaru, banyak negara yang mengambil langkah ke arah menuju kehidupan separa normal.

Mesir pula dijangka mengalu-alukan juga kedatangan pelancong ke resort tepi pantai pada Julai ini.

Machu Piccu di Banjaran Andes Peru juga akan dibuka pada bulan depan walaupun ia akan mengurangkan jumlah pengunjung harian dengan mendadak.

Liga Perdana Inggeris pula yang ditunggu-tunggu juga akan kembali pada minggu ini selepas berlaku penggantungan selama tiga bulan. – AFP

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker