Kini Giliran Muhyiddin Pula Digelar Kleptokrat Oleh Mahathir

Nampaknya Mahathir masih lagi tidak mahu mengalah dan masih berusaha untuk mengganggu Kerajaan Perikatan Nasional dengan membuat tuduhan terbaru terhadap Muhyiddin Yasin. Cuma pada kali ini Mahathir seolah oleh telah kehabisan modal kerana sekali lagi cuba menyanyikan lagu yang sama seperti yang didendangkan sebelum ini kepada Najib Razak. Kita bolehlah tafsirkan bahawa Kerajaan kleptokrat dari kaca mata beliau adalah kerajaan yang tidak mahu mengikut telunjuknya, kerajaan yang tidak mahu memuaskan nafsu kroninya, dan kerajaan yang melakukan pembaziran sumber semata – mata mahu membantu rakyat secara langsung.

Apa yang berlaku kepada Najib Razak kini mula dirasai oleh Muhyiddin Yasin, seolah olah hukum alam itu berputar semula. Muhyiddin semakin sedar bahawa saka tua yang mengganggu beliau kini dan mana – mana perdana menteri sebelum ini tidak pernah surut nafsunya jika perintah dan telunjuknya tidak dituruti.

“Mahathir sepatutnya malu dan sedar diri, jika dibuat perbandingan dan penyenaraian skandal sebelum ini tiada siapa yang boleh menandingi pencapaian beliau dan boleh dinobatkan sebagai ‘Bapak Kleptokrat Negara’. Kita semua tahu bagaimana Barry Wain penulis buku Malaysian Maverick seorang wartawan terkemuka menceritakan bahawa Mahathir telah menggelapkan RM100 billion dalam empat skandal kewangan dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri”

Bukan itu sahaja Barry Wain sendiri telah mencabar Mahathir untuk menyamannya diluar atau pun didalam negara bagi menafikan fakta-fakta dalam buku tersebut. Malangnya sehingga penulis tersebut mati pada tahun 2013 Mahathir tidak ada telur untuk menyamannya. Seperti yang sedia maklum Mahathir akan mengelak seperti biasa dan menjawab secara sinikal jika soalan – soalan seperti ini ditanyakan kepadanya. Itulah Mahathir dari dahulu sehingga kini sama sahaja. Kita harus harus bersyukur kerana sikap munafiq PH dan wajah sebenar mahathir telah terbongkar selepas 22 bulan menerajui Putrajaya. Benarlah kata seorang sahabat hanya nyawa sahaja yang mampu membatasi nafsu mahathir untuk berkuasa semula. Kita serahkan sahajalah perkara ini kepada Allah Pemilik Alam yang Maha Berkuasa untuk menentukan aturanNya.

Aman Yatim

———————————————————————————————————————————————————–

Putrajaya sekali lagi ditadbir kerajaan kleptokrat, kata Dr Mahathir

Dalam tulisan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di blognya hari ini beliau berkata mereka yang bersama-sama Muhyiddin adalah yang berpegang pada fahaman “duit adalah segala-galanya”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Jun, 2020.

PUTRAJAYA sekali lagi ditadbir oleh kerajaan kleptokrat yang boleh menghancurkan Malaysia dan orang Melayu, kata Dr Mahathir Mohamad, seminggu selepas beliau memanggil kerajaan ini sebagai “kerajaan Muhyiddin”.

Katanya, hampir semua yang menganggotai kerajaan Muhyiddin terdiri daripada mereka yang mengutamakan jawatan.

“Perjuangan untuk hapuskan kleptokrat dilupakan. Sebaliknya terdapat sokongan oleh mereka (Muhyiddin dan bekas ahli politik Pakatan Harapan) untuk bebas kleptokrat yang sekarang menjadi rakan mereka.

“Amat malang bagi rakyat yang telah kalahkan parti kleptokrat, tetapi sekarang sekali lagi mendapat Kerajaan Kleptokrat melalui pintu belakang,” katanya dalam satu tulisan di blognya, hari ini.

Sumber: The Malaysian Insight

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker