Kenyataan Nizar Najib tentang posternya yang sedang tular di media.

Share

Assalamualaikum WBT.

Saya telah dimaklumkan bahawa sejak awal pagi tadi telah tular sebuah poster yang berunsur provokasi kononnya saya telah ditentukan dan dipilih menjadi calon BN untuk PRK DUN Chini.

Saya ingin tegaskan disini bahawa poster itu adalah palsu dan bukan dari pihak saya atau pun Pemuda UMNO Bahagian Pekan.

Ingin saya nyatakan disini bahawa pihak UMNO/BN BELUM mengumumkan nama calon bagi PRK Chini. Pengumuman calon hanya dibuat pada 18 Jun 2020.

Kami meminta semua pihak bertenang dan menunggu sehingga pengumuman rasmi calon diumumkan nanti.

Selain itu, sebarang informasi seperti yang diviralkan seperti hari ini adalah palsu dan berniat jahat untuk mengeruhkan keadaan.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan Saya akan memainkan peranan dengan jentera Pemuda untuk membantu UMNO/BN mencapai kemenangan di PRK akan datang sekaligus pertahankan kerusi N23 DUN Chini.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa poster gambar saya yang dikatakan sebagai calon dan menjadi tular dibuat tanpa pengetahuan, izin dan kebenaran Saya.

Saya doakan kita semua dilindungi oleh Allah SWT dari sebarang gejala fitnah yg semakin berleluasa di era media sosial ini.

Sekian, terima kasih,

Dato Nizar Najib
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan

One thought on “Kenyataan Nizar Najib tentang posternya yang sedang tular di media.

  • June 17, 2020 at 09:47
    Permalink

    Pilihan terbaik dlm keadaan sekarang adalah cslon MN/PN. Pahang dibawah BN, sudah tentu ianya selari dgn aspirasi nasionsal yg berteraskan PN sealiran dgn BN. Hidup UMNO, hidup BN, hidup PN, hidup MN.

    Reply

Leave a Reply