Covid-19 : 11 kes baru, 333 pesakit pulih.

Seramai 333 pesakit Covid-19 pulih hari ini, ia merupakan jumlah tertinggi sejak 281 kes sembuh yang dicatatkan pada 9 Jun lalu.

Ini menjadikan keseluruhan kes pulih ialah 7,733 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka korban kekal 121 kes kerana tiada kematian dicatatkan hari ini.

Tetapi, katanya, 11 kes baru dilaporkan, menjadikan keseluruhannya 8,505 kes setakat ini.

Beliau berkata, daripada 11 kes baru itu, 1 ialah kes import membabitkan rakyat Malaysia yang dijangkiti virus itu di luar negara.

“Daripada 10 kes penularan di dalam negara, 6 kes adalah bukan warganegara, manakala 4 kes di kalangan warganegara Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 651 pesakit sedang dirawat di hospital dengan 4 di unit rawatan rapi, tetapi tiada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker