Daroyah: Anwar hanya ‘rubber stamp’ untuk keputusan mesyuarat PKR

Terkini di My KMU !!!!---->

Salah satu sebab yang mendorong Dr Daroyah Alwi keluar dari PKR adalah kerana menganggap presiden parti itu Anwar Ibrahim sebagai “rubber stamp” (individu yang memberi kelulusan muktamad) terhadap sebarang keputusan dalam mesyuarat PKR.

“Saya bukan keluar PKR kerana Anwar semata-mata, malah orang sekelilingnya dan barisan kepemimpinan atas parti ini yang lain.

“Mereka seolah-olah membuat keputusan bagi pihak Anwar dengan membelakangi peraturan dan dasar parti.

“Saya melihat Anwar sekarang hanya menjadi ‘rubber stamp’ dan membuat keputusan dalam mana-mana mesyuarat penting PKR sekarang,” katanya menurut laman web PNBBC.

Daroyah merupakan Adun Sementa selama dua penggal dan timbalan speaker dewan undangan negeri Selangor.

Sabtu lalu, Daroyah meninggalkan PKR dan menyatakan dirinya sebagai ahli parlimen bebas.

Semasa pemilihan kepemimpinan parti pada 2018, Daroyah berada di dalam kem bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan terpilih sebagai timbalan ketua sayap Wanita PKR.

Dalam laporan PNBBC itu juga, Daroyah mengulas gesaan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari terhadapnya untuk meletakkan jawatan selepas dilabel sebagai “pengkhianat”.

Kata Daroyah, Amirudin perlu berlaku adil dan menggesa semua Adun dan ahli parlimen yang keluar PKR dan melompat parti meletakkan jawatan masing-masing sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit.

“Ia termasuklah Azmin dan Muhammad Hilman Idham yang masing-masing meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Adun Gombak Setia.

“Saya memang sudah ‘berpatah arang’ (berputus asa) dan tidak akan sesekali kembali menyokong PKR sampai bila-bila jika parti berkenaan masih dipimpin oleh kepemimpinan sedia ada terutama dalam sayap wanita,” katanya.

Mkini

Leave a Reply