Peningkatan FDI & Ekonomi Zaman PH? Yang Bodoh & Malas Membaca Sahaja Kena Tipu

Share

 

 

Ada seorang pegawai khas bekas Menteri MITI Darell Leiking cuba menyebarkan propaganda bahawa pelaburan asing tahun 2019 adalah bagus. Sebenarnya, saya dah lama jelaskan perkara ini termasuk bukti dari laporan BNM masa PH.
Pelaburan asing kononnya tinggi masa PH sebenarnya termasuk banyak penjualan aset negara kepada orang asing.
Buktinya ada di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156082409410952?hc_location=ufi

Yang tak tahan masa itu ialah apabila Tony Pua jawab saya untuk mempertahankan boss dia, dia telah mengesahkan bahawa pelaburan asing yang tinggi itu memang banyak terdiri daripada penjualan aset negara kepada orang asing. Namun dia kata ini adalah “pelaburan berkualiti” kerana ia menunjukkan keyakinan pelabur asing untuk membeli aset Malaysia (walaupun dua-dua yang mereka jual itu termasuk IHH yang memilik banyak hospital merata dunia dan juga syarikat Sapura upstream projek minyak yang penjualan mereka memang kepada luar negara). “Kata Tony Pua, pembelian saham-saham IHH Healthcare Bhd di Bursa Malaysia oleh Mitsui & Co Ltd daripada Khazanah Nasional Bhd adalah satu langkah signifikan kerana ia menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelabur-pelabur asing terhadap syarikat-syarikat dan ekonomi Malaysia.”
https://www.sinarharian.com.my/article/29053/BISNES/Majoriti-FDI-dalam-suku-pertama-merupakan-pelaburan-berkualiti

Paling lawak ialah apabila boss pegawai khas iaitu bekas Menteri MITI ditanya dalam parlimen kenapa penjualan aset dimasukkan dalam pelaburan asing, dia kata dia tak pasti dan kita perlu rujuk kepada kenyataan Tony Pua. Leiking said the details of the transaction were previously disclosed by the finance minister’s political secretary, and that they were also on the record.
“I will provide more details in a written reply on whether (the deal counts as a foreign investment),” he said.
“Leiking to say if ‘Khazanah divestment counts as foreign direct investment’  https://www.themalaysianinsight.com/s/168366

Paling dashyat ialah bila pegawai khas ini puji PH:
“Yang paling best, pelaburan Malaysia ke luar negara (DIA) meningkat dengan banyak. Berbanding sejak tahun 2015 yang asyik menurun. “
https://www.facebook.com/100045124192657/posts/167190724795066/?d=n

Eh. Ini Direct Investments Abroad. Maksudnya orang Malaysia melabur ke luar negara. Wang kita mengalir ke luar sebab orang Malaysia sendiri tak yakin untuk melabur dalam negara sendiri. Itupun “paling best”? Senang sahaja. Jika pelaburan asing tinggi masa PH, takkan ekonomi semakin merosot, dividen semakin rendah dan pasaran saham Malaysia jatuh menjadi paling corot dalam dunia?

Kalau dah gagal jaga ekonomi, mengaku sahaja.
Jangan terus tipu Rakyat lagi.
Mengakulah macam ahli parlimen PH seorang ini, kan elok?
“Komunikasi dan pengendalian ekonomi lemah punca Pakatan jatuh, kata ahli politik”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/245814

Sumber: FB Najib Razak

 

Leave a Reply