Kanak-kanak jatuh ke sungai ditemui mati

Share

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Bakau, Rawang, Jumaat lepas, ditemukan maut, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe berkata mayat Muhamad Shuail Fazli, ditemui pada kira-kira pukul 8.00 pagi sekitar lima kilometer dari tempat dia dilapor terjatuh.

“Mayat ditemui pihak bomba dan penyelamat di Sungai Guntong berhampiran Tasik Puteri Kundang di sini, dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Shuail yang bermain bersama abangnya di tebing sungai berkenaan dikatakan tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian pukul 3.30 petang itu.

— BERNAMA

Leave a Reply