Isu KTM Tanjung Pagar, Tak Puas Hati? Tak Apa Saya Kemukakan Bukti – Bossku

Terdahulu: Isu Tanah KTM Di Tanjung Pagar, Apa PH Buat & Apa Yang Berlaku? Tak Apa Biar Saya Terangkan – Bossku

 

Hari itu saya kongsi semula penjelasan tanah KTM.

Tapi masih ada penyokong PH Plus yang tidak mahu menerima realiti bahawa ianya PM4 yang setuju dalam satu perjanjian pada tahun 1990 untuk mengembalikan tanah KTM kepada Singapura.

Masih mahu tuduh saya.

Tak apa. Saya kemukakan bukti mahkamah.

Ini dari dokumen penghakiman Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague, Belanda pada tahun 2014.
https://pcacases.com/web/sendAttach/2454

Masa itu, negara Singapura mahu Malaysia bayar cukai tanah tambahan sebanyak S$1.4 bilion (RM4.3 bilion) untuk tanah berkait KTM kepada mereka.

Kita lawan di Mahkamah dan kita menang.

Antara bukti yang dikemukakan oleh negara Singapura dalam Mahkamah kenapa kita perlu bayar ialah jalan cerita siapa yang berunding, siapa yang berjanji dan siapa yang tandatangan perjanjian penyelesaian pada 27 November 1990.

PM-4 yang berjanji kembalikan tanah KTM, kerajaan PM4 yang tandatangan perjanjian yang bersetuju kembalikan tanah KTM kepada Singapura tapi saya pula yang disalahkan penyokong mereka.

Ini penjelasan saya berhubung tanah KTM hari itu:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157115331730952

Tanah KTM dia yang buat. Pulau Batu Puteh, dia juga yang bersetuju bawa ke mahkamah antarabangsa lalu kita kalah. Bila kerajaan BN masa saya PM fail rayuan kepada mahkamah antarabangsa selepas 2 tahun mengumpul bukti baru, dia juga yang tarik balik selepas PRU14 sehingga kita hilang Pulau itu buat selamanya.

Dia yang buat. Najib yang ambil langkah untuk selesaikan masalah tapi Najib pulak yang salah!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker