Anwar Cuba Cuci Tangan Krisis Ekonomi 1997. Ada 6 Soalan Yang Perlu Dijawab Oleh Anwar – Najib

Share

Saya geleng kepala apabila membaca cubaan bakal PM5/6/7/8/9 untuk cuci tangan krisis ekonomi tahun 1997 dan cubaan dia mengambil kredit pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada awal tahun 1990an.

Soalan yang patut ditanya dia adalah:

1. Kenapa krisis ekonomi tahun 1997 hanya memberi kesan kepada beberapa negara sahaja dan bukan kepada seluruh rantau Asia atau dunia?

2. Adakah ini kerana dasar-dasar kerajaan masa dia Menteri Kewangan yang lebih mementingkan pinjaman asing dan pelaburan dalam permainan bursa saham?

3. Adakah negara kita masa itu sering mengalami defisit akaun semasa (current account deficit) dan defisit perdagangan antarabangsa (international trade defisit) berbanding sepanjang masa saya PM di mana kita tak pernah defisit?

4. Dan adakah skandal FOREX BNM RM33 bilion masa dia Menteri Kewangan telah melamahkan lagi rizab antarabangsa yang sudahpun rendah antara sebab matawang kita menjadi antara negara sasaran untuk diserang masa itu?

5. Adakah pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada awal tahun 1990an akibat dasar-dasar dia ataupun ianya kerana perjanjian Plaza Accord tahun 1985 di mana Amerika Syarikat memaksa Jepun untuk menaikkan nilai matawang Yen berganda-ganda?

Akibatnya, kilang-kilang dan syarikat-syarikat Jepun terpaksa berpindah ke rantau ASEAN masa itu untuk mengurangkan kos. Sebab itu, SELURUH rantau ASEAN masa itu mengalami pertumbuhan ekonomi yang tinggi-tinggi dan bukan Malaysia sahaja.

6. Adakah langkah dia (dia sudah mengaku dalam posting dia) untuk menaikkan kadar faedah pinjaman bank sehingga paras (melebihi 12%) mencekik leher syarikat-syarikat tempatan yang sudahpun mula menghadapi kesan kejatuhan matawang negara (sehingga USD1=RM4.90) penyebab utama kenapa banyak syarikat-syarikat Malaysia terpaksa guling tikar masa itu?

Rujuk graf.

Orang dah sakit, kamu cekik leher dia lagi? Bijak atau tidak?

Kamu nak bantu syarikat-syarikat tempatan dalam masalah atau kamu nak kerjakan mereka masa itu dengan kadar faedah ragut nyawa?

Jawab-lah!

Jika tak faham sangat ekonomi, janganlah cuba spin.

Paling lawak masa itu ialah puak dia gunakan pengaruh media antarabangsa dia untuk isytiharkan dia sebagai Menteri Kewangan Asia terbaik bagi tahun 1996 dalam satu majalah (yang sudahpun bungkus) tetapi tahun kemudiannya negara dilanda krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah semasa dia masih Menteri Kewangan lagi.

Posting dia:
https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/posts/10160664428671840

Lagi parah ialah pada masa itu, PM4 beritahu satu Malaysia bahawa krisis ekonomi kita yang menderitakan Rakyat ialah angkara orang Yahudi bernama George Soros.

Namun hampir sepuluh tahun kemudian, PM4 kata George Soros tak salah apabila dia minta Soros tolong dia.

“Dr M clears Soros of ’97 crisis”
https://www.thestar.com.my/…/dr-m-clears-soros-of-97-crisis/

 

FB: FB Najib Razak

One thought on “Anwar Cuba Cuci Tangan Krisis Ekonomi 1997. Ada 6 Soalan Yang Perlu Dijawab Oleh Anwar – Najib

  • June 15, 2020 at 00:38
    Permalink

    Sapa2 yang buat pinjaman bank masa tu memang sakitlah. Kadar faedah melambung tinggi.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!