‘Hang tidak takut azab Allah?’ pendakwah kesal Instagram dikunjungi akaun lucah

Share

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Kecanggihan teknologi internet yang kian canggih dengan pelbagai aplikasi media sosial tidak dinafikan menjadi antara saluran penting buat para pendakwah menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

Pendakwah Ustaz Abdullah Khairi (UAK) antara yang menggunakan media sosial sebagai ‘jambatan’ mendekati masyarakat terutama bagi golongan muda.

Bagaimanapun, UAK telah meluahkan kekesalan apabila hantaran yang dimuat naik di media sosial sering menjadi sasaran spam oleh akaun yang mempunyai unsur lucah.

Pendakwah itu mendakwa, akaun Instagram (IG) miliknya sering ‘dilawati’ pengendali kandungan lucah setiap kali memuat naik hantaran di laman sosial itu.

“Setiap kali saya muat naik hantaran di IG ini mesti ada. IG lucah yang masuk. Kalau hang (anda) itu Islam, tidak takutkah azab Allah? Jenuh block (sekat),” katanya di laman sosial itu.

Sementara itu, rata-rata orang ramai menasihati agar UAK membuat aduan kepada pengendali perkhidmatan Instagram bagi mengelak kejadian sama berulang.

Ada kalangan pengikut UAK mendakwa akaun kandungan lucah dikawal pihak tertentu yang akan ‘mengunjungi’ akaun individu terkenal bertujuan meningkatkan jumlah pengikut.

Leave a Reply