43 kes jangkitan baru Covid-19, 1 kematian

Satu korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban seramai 120 orang.

Dalam perkembangan sama, 43 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,445 sehingga kini.

“Ingin dimaklumkan daripada 43 kes baru yang dilaporkan, 5 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 4 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Daripada 38 kes penularan dalam negara, 23 kes adalah bukan warganegara, manakala 15 kes adalah dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di sini, hari ini.

Ketika ini, seramai 1,014 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 4 di unit rawatan rapi dan tiada daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 143 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 7,311 orang sehingga kini.

Dalam pada itu Noor Hisham berkata, kes jangkitan dalam negara, iaitu 23 kes dalam kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:

21 kes dikesan dalam kalangan penghuni Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil yang dipindahkan ke Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di Port Dickson, Negeri Sembilan.
1 kes saringan di Pasar Pemborong Sayur, oleh Pejabat Kesihatan Penampang, Sabah.
1 kes saringan pekerja ladang warga asing di Temerloh, Pahang.
Noor Hisham berkata, perincian 15 kes penularan Covid-19 dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia pula adalah seperti berikut:

1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu survelan kes Influenza Like Illness (ILI) di sebuah klinik kesihatan sentinel.
4 kes di Selangor, iaitu 2 kes saringan di 2 buah pusat tahfiz; 2 kes saringan pasukan barisan hadapan (bukan petugas kesihatan) di Sabak Bernam.
“5 kes di Negeri Sembilan, iaitu 3 kes saringan pusat tahfiz di 3 buah pusat tahfiz, 1 kes saringan penjawat awam di Seremban yang bercadang untuk pulang ke Sabah dan 1 kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-7756) di Negeri Sembilan.

“Kontak berlaku semasa aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama yang lalu,” katanya.

1 kes di Sabah, iaitu kes kematian dalam komuniti yang dibawa ke hospital.
1 kes di Pahang, iaitu kes saringan dalam komuniti di Temerloh.
1 kes di Perak, iaitu kes saringan pusat tahfiz.
2 kes di Melaka, iaitu 1 kes saringan pusat jagaan warga emas di Melaka Tengah dan 1 kes saringan pusat tahfiz.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker