PR Gaduh, PH Gaduh, PH+ Pun Gaduh Jugak [Dikemaskini]

Itulah sembang bakal kerajaan yg dijenamakan semula yang dikenali senagai Kerajaan PH Plus. Belum pun sampai seminggu mesyuarat majlis presiden berlangsung kununnya nak buat ‘comeback’ ke Putrajaya dah bergaduh semula. Bukan soal perebutan kerusi parlimen, tp soal asas kepimpinan pakatan itu sendiri. Perangai masing-masing yang masih gila nak jadi perdana menteri, kini turun pula kepada pemimpin parti yg lain. Mazlee Malik dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Malaysiakini telah menyelar Anwar dengan mengatakan bahawa jawatan PM bukan hak mutlak Anwar. Bagaimanapun kenyataan Mazlee ini dibalas oleh Nik Nazmi yang dikenali sbg antara panglima perang Anwar, membalas dengan berkata ia juga bukan hak mutlak Mahathir

Inilah drama pertama Pakatan PH Plus menjelang babak – babak awal dalam episod terbaru wayang mereka. Mereka yang sebelum ini masing – masing mendakwa bahawa mendapat sokongan yang cukup untuk mengambil alih semula Putrajaya seawalnya pada bulan Julai nanti. Kita nak maklumkan dan beri peringatan kepada pelakon – pelakon politik berkenaan, jika mereka mendapat sokongan 2/3 sekali pun, kerajaan yg tidur sebantal dan tetapi mimpi lain-lain ini takkan stabil dan kekal lama. Apakah akibat kesannya terhadap pentadbiran kerajaan, pada ekonomi negara dan pada kebajikan rakyat selanjutnya

Cukuplah 22 bulan kita memberi peluang kepada kerajaan paling ceroi dalam dunia ini. Mereka buka mahu mentadbir tetapi hanya mahu berpolitik 24/7. Apa dasar dan perancangan kerajaan PH pernah laksanakan memberi kesan yang besar pada rakyat? Jawapannya hampir tiada melainkan hanya merebranding segala usaha dan jasa kerajaan BN dahulu.

Tetapi kita perlu akui bahawa mereka benar – benar pakar menjual aset dan hasil negara sewenang – wenangnya dan pakar menambang hutang negara. Ini memang kita akui dan kita tabik spring pada mereka. Kalau tidak takkan cita – cita mencapai hutang negara 1 trillion ringgit dan meningkatkan semula belanjawan defisit negara hampir tercapai dengan jayanya selama 22 bulan ini.



Aman Yatim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker