Pemuda PKR tolak hujah Maszlee, tetap mahu Anwar sebagai PM

PETALING JAYA: Selepas Maszlee Malik melabel jawatan perdana menteri ke-9 bukan hak mutlak Anwar Ibrahim jika gabungan pembangkang kembali menerajui Putrajaya, Pemuda PKR tampil menepis hujah tersebut.

Setiausaha sayap PKR itu, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, Maszlee juga perlu sedar bahawa jawatan perdana menteri bukan hak muktlak Dr Mahathir Mohamad.

“Saya bersetuju bahawa jawatan perdana menteri bukan hak mutlak sesiapa. Tetapi apakah Maszlee tidak sedar bahawa beliau seolah-olah sedang memutlakkan jawatan perdana menteri itu hanya kepada Tun Mahathir?,” katanya kepada FMT ketika dihubungi hari ini.

Syukri berkata, cadangan meletakkan Anwar sebagai calon perdana menteri dibuat dengan mengambil kira sokongan Pakatan Harapan (PH), iaitu gabungan PKR, Amanah dan DAP dengan komposisi 91 ahli Parlimen yang sebulat suara menamakan presiden PKR itu.

“Soalnya sekarang, pihak manakah pula yang menamakan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri?

“Adalah lebih mudah sekiranya Maszlee sama-sama membantu untuk merasionalkan Mahathir agar memberi sokongan padu kepada Anwar, bukan lagi merayu supaya Anwar Ibrahim mengalah buat kesekian kalinya,” katanya.

Beliau berkata, Maszlee sepatutnya bersetuju dengan suara majoriti untuk memilih perdana menteri, bukannya mempertahankan untuk mengekalkan Mahathir sebagai calon kerana tiada majoriti bersetuju.

“Saya bersetuju dengan Maszlee yang menyifatkan Mahathir sebagai ‘galah sejengkal’ yang diperlukan oleh PH untuk mengambil semula tampuk pemerintahan negara.

“Namun agak aneh apabila Maszlee mencadangkan supaya galah sejengkal itu diangkat mengetuai kerajaan. Anwar Ibrahim yang memiliki sokongan 37 ahli Parlimen PKR dan sokongan DAP dan Amanah dipaksa mengalah,” katanya merujuk kepada kenyataan bekas pemimpin PPBM itu di Facebook hari ini.

Dalam tulisan bertajuk “Galah sejengkal Tun Dr Mahathir”, Maszlee berkata, rundingan PH untuk mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) haruslah tidak dibuat dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri merupakan hak mutlak Anwar.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, tanpa Mahathir, peluang untuk PH mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis, bahkan mustahil.

“Hakikatnya jelas, tanpa Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan sangatlah tipis, bahkan mustahil.

“Kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Anwar, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112,” katanya.

Syukri berkata, mengapakah Maszlee tidak memujuk “galah sejengkal” dan penyokongnya untuk sama-sama berdiri teguh mengangkat Anwar sebagai perdana menteri?

“Jika alasan untuk memaksa Anwar mengalah ialah negara dalam bahaya dan memerlukan perubahan segera, maka mengapa alasan itu seolah-olah hanya tertuju kepada Anwar.

“Bukankah atas alasan yang sama, Mahathir dan kumpulannya juga perlu berlapang dada dan sepakat mengangkat Anwar,”katanya.

Tanpa berselindung beliau turut mendakwa bahawa pentadbiran PH selama 22 bulan yang diketuai Mahathir sebelum ini telah gagal kerana banyak janji yang tidak ditunaikan.

FMT

Related Articles

2 Comments

  1. “Menurut bekas menteri itu lagi, analoginya mudah. Galah Anwar hanya mampu mencapai 92 atau lebih sedikit tetapi tidak mampu melepasi 112 sebaliknya sekiranya disambung dengan galah sejengkal Mahathir, maka angka 112 boleh dilepas.”

    si maszlee memperlekeh galah anwar sedangkan ahmad syukri tahu galah anwar boleh mencapai lebih 92mm kedalaman store kunyit ahmad syukri

    “Bahkan 130 atau lebih sedikit pun boleh dijangkau. Mahathir boleh ‘ramp-it’ sehingga 148 jika betul rundingan dan percaturannya. Dengan menambah galah sejengkal Mahathir dengan galah Anwar, maka buah-buah yang banyak di bahagian atas pokok boleh dikait dengan mudah,” ujarnya lagi.”

    ayat diatas dibuat selepas si maszlee jilat bodek & buah pelir mahathir sebab itu dia sebut fasal buah

  2. buatlah pertandingan mengait buah mangga ke buah kuini ke guna galah…siapa dapat buah paling banyak dia layak jadi PM

    si maszlee & ahmad syukri jadi tukang sambut buah jatuh selepas dikait(oleh anwar & mahathir)…kedua-duanya kena pakai kain pelikat cap gajah duduk sambut buah jatuh tu guna kain pelikat yang dipakai…tak boleh mengelat tau!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker