Pelik tapi benar : Three Stooges Jadi Senator

Zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Perkara-perkara pelik sudah mula menjadi kebiasaan. Yang untung adalah mereka yang sanggup jadi katak yang pandai mengambil kesempatan asalkan dapat terus hidup selesa tanpa memikirkan prinsip serta perjuangan.

Katak atau kaki lompat begitu senang mendapat jawatan ketika ini. Asal lompat katak terus dapat jawatan. Tak kiralah apa persepsi rakyat, yang penting utamakan kaki lompat katak ini.

Kalau nak lantik, lantiklah mereka yang mampu mneyumbang kepada negara. Ini yang dilantik adalah mereka yang tiada prinsip perjuangan dan yang sudah “expired”.

Berikut adalah tulisan Dr Puad Zarkashi dari laman facebooknya : –

THREE STOOGES JADI SENATOR

Memang hebat three stooges yang baru dilantik sebagai Senator. Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan Zahid Md Arif. Mereka hidup sepanjang zaman kerana pandai main wayang sepanjang Zaman.

Rais Yatim dan Radzi dari UMNO masuk Semangat 46 masuk UMNO masuk Bersatu akhirnya masuk Bersatu 2.0.

Zahid Md Arif pula dari UMNO kepada PKR, kepada UMNO, kepada Bersatu dan akhirnya masuk Bersatu 2.0

Senangnya mereka dapat jawatan. Kalau nanti dilantik Menteri, Timbalan Menteri atau boss GLC lagi gila babi dibuatnya. PPBM memang lubok untuk kaki lompat dan main wayang.

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker