Najib tanya betul ke ada ‘Parti Anak-Anak Daddy’ (AAD) ditubuhkan ?

Sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan sarkastiknya mahu menubuhkan Parti Apa Aku Dapat (Parti AAD), Datuk Seri Najib Razak pula mencelah dengan menyatakan beliau dengar ada sebuah parti politik baru yang dinamakan Parti Anak-Anak Daddy akan ditubuhkan

Dalam kenyataan pendeknya, Ahli Parlimen Pekan itu bertanya sahih ke berita tersebut.

”Selamat pagi Malaysia. Dengar kata sebuah parti politik baru yang dinamakan parti Anak-anak Daddy bakal ditubuh?

Sahih ke berita ni? Tanya je,” kata Najib.

Meskipun tidak menjelas lanjut, nama Parti Anak-Anak Daddy itu memiliki persamaan dalam bentuk akronim Parti AAD yang disebut oleh Dr Mahathir dalam hantarannya di Facebook.

Dr Mahathir berkata, beliau bercadang mahu menubuhkan sebuah parti politik selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpecah dua.

Secara sarkastik beliau memberitahu, banyak orang Melayu suka tubuh parti politik, oleh sebab itu beliau juga mahu berbuat demikian.

Kataya, nama parti itu ialah Parti AAD atau Parti Apa Aku Dapat dengan tujuan memperkaya orang Melayu yang belum dapat.

Beliau akan melantik pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.

Keahlian dibuka kepada sesiapa yang belum mendapat pendapatan lumayan boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan lain-lain lagi.

Tiada yuran dikenakan, tambah beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Dr Mahathir menggelarkan Kerajaan Perikatan Nasional sekarang ini sebagai Kerajaan Muhyiddin.

Katanya, Parti Perikatan Nasional tidak wujud dan tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini.

Malah, ia juga tidak pernah didaftar Perikatan Nasional semasa Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette

Baca Sini

Mahathir, Nak Tubuh Parti Apa Aku Dapat? Anak Beranak Billionair Nak Apa Lagi?

Mahathir Cadang Tubuh Parti AAD

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker