Mahathir, Nak Tubuh Parti Apa Aku Dapat? Anak Beranak Billionair Nak Apa Lagi?

 

Mahathir nak tubuh Parti Apa Aku Dapat? Memang kelakar apabila baca sindiran Mahathir ini. Tiada seorang pun dalam sejarah negara menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 kali. Kali pertama selama 22 tahun dan kali kedua selama 22 bulan.

Nampaknya cubaan untuk membuat sindiran kepada PN tiadak menjadi. Kerana apabila membaca sidiran tersebut pasti kita semua rasa mual dan nak termuntah. Hanya budak – budak WeChat and baru nak UP sahaja tak tahu apa yang berlaku. Bacalah buku “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times” cukup untuk menjawab Mahathir “Apa Aku dapat”

Nak Ulas panjang pun buang masa sahaja sebab segala sejarah pemerintahan nepotisme dan kronisme selama 22 tahun kita boleh dapat dengan hanya membuat carian mudah google sahaja. Selain itu kalau nak tahu apa yang mahathir dapat selama 22 tahun ini cukuplah dengan menonton semula rakaman – rakaman ceramah – ceramah ahli – ahli politik yang kini menjadi sahabat sebantal dengan beliau.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_hV5ZAjBV08[/embedyt]

Kalau tidak manakan Mat Sabu menggelarkan beliau Bapak Pelingkup Negara @ Kepala Perompak. Mana ada satu perdana menteri dalam dunia mampu melahirkan anak – anak bukan sekadar jutawan tetapi billionair dalam negara.

Eloklah baca semula artikel Saudara Ab Jalil Backer ini

Kembalinya nepotisme, kronisme

Lebih dua dekad lalu, rantau Asia Tenggara diserang keterujaan menentang nepotisme dan kronisme terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Anak-anak muda di Indonesia dan Malaysia bangkit menentang pentadbiran yang dituduh melakukan kronisme, nepotisme dan korupsi. Dalam krisis kewangan serantau 1997/98, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu) dan Dr H Muhammad Amien Rais (Indonesia) adalah antara pelopor gerakan kempen reformasi di Asia Tenggara sehingga terjadi demontrasi besar-besaran di kedua-dua negara.

Ketika Amien Rais membangkitkan rakyat Indonesia menentang pentadbiran Presiden Soeharto, Anwar hanya benar-benar menggerakkan kebangkitan massa apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan parti pemerintah UMNO.

Pada 1998 pentadbiran pimpinan Presiden Soeharto tumbang setelah berhadapan kempen dan demontrasi anti KKN – Korupsi, kolusi (kroni) dan nepotisme.

Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad turut terjejas berhadapan tema sama dalam gerakan Reformasi Anwar.Gerakan reformasi Malaysia ketika itu percaya mereka berupaya melakukan apa yang dilakukan oleh rakyat Indonesia ketika menjatuhkan Soeharto. Bukan sahaja mereka yang yakin, malah dunia juga percaya kerajaan Barisan Nasional akan jatuh dalam demontrasi besar-besaran.

Begitu besar keyakinan tersebut sehinggakan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore pada waktu itu menggunakan Forum Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi memuji gerakan reformasi di Asia Tenggara.

teruskan bacaan —-> Kembalinya nepotisme, kronisme

Sementara itu ini ulasan dipetik dari facebook Ulasan Apek Cina :-

Parti AAD / Parti Apa Aku Dapat

Tujuan Parti : Cukaikan Kadazan, Iban, Bajau, Cina dan India, berikan semua pendapatan kepada Melayu.

Syarat Keahlian:
Orang Melayu yang sumpah ketaatan kepada Ayahanda Tun

Syarat penjawatan dalam Parti AAD :

Pengerusi Parti:
Nama mesti diakhiri dengan “Bin Tun Mahathir Mohamad”

Timbalan Pengerusi:
Nama mesti diakhiri dengan “ Bin Muhkriz “

Jawatan-jawatan lain:
Orang Melayu yang buka mulut Najib pencuri, tutup mulut Najib perompak.

Orang Melayu yang berumur 28 dan ke bawah, Kalau dating dengan Orang Melayu yang namanya diakhiri “Binti Muhkriz/ Binti Mokzani “ boleh dipertimbangkan jawatan tinggi.

Ganjaran lumayan:
Orang Melayu akan dapat kontrak-kontrak GLC , jikalau nama diakhiri dengan “Bin Tun Mahathir “

Orang Melayu akan dapat kapal layar, kereta lumba, jikalau nama diakhiri dengan “ Bin Muhkriz “

Orang Melayu yang tidak menepati syarat-syarat di atas, adalah dianggap Sebagai penyokong Najib, maka dia juga adalah seorang pencuri dan perompak dan tidak layak untuk mendapatkan mana-mana penjawatan dan ganjaran lumayan.

Sesiapa yang ingin memohon keahlian, boleh berhubung dengan Yang Berusaha Tuan Apek Cina melalui talian telefon : 03 12345678

Sekian Terima kasih

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker