Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Bakau

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika bermain di Sungai Bakau, Rawang dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa yang bermain bersama abangnya di tebing sungai berkenaan dikatakan tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 3.49 petang.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kedalaman paras air di sungai berkenaan adalah kira-kira satu meter.



“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan di kawasan tebing sungai dan setakat pukul 8 malam, mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi SAR dihentikan malam ini dan akan disambung pada pukul 8 pagi, esok.

— BERNAMA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker