Covid-19 : 33 kes baru, 1 kematian

Kes jangkitan baru masih 2 angka hari ini, iaitu sebanyak 33 kes

Daripada jumlah itu, 17 kes adalah penularan tempatan.

“14 kes membabitkan bukan warganegara dan 3 kes penularan melibatkan warganegara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Selebihnya iaitu 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sementara itu, 1 kematian dilaporkan, menjadikan keseluruhannya 119 kematian.

Sehingga kini, Malaysia melaporkan 8,402 orang dijangkiti virus itu.

Ketika ini, seramai 1,115 pesakit masih dirawat di hospital.

“4 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.”

Sementara itu, seramai 103 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhannya 7,168 orang.

Mengenai 3 kes melibatkan rakyat tempatan itu, Hisham melaporkan 1 kes adalah kes saringan kontak kepada kes positif kes ke-7735 di Kuala Lumpur.

Satu kes lagi kes saringan pusat tahfiz di Selangor, dan 1 kes saringan kepada kes kematian yang dilaporkan hari ini.

Kes kematian itu adalah seorang wanita tempatan berusia 85 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 11 Jun di Hospital Keningau, Sabah.

FMT

Covid-19 : 3 kematian dan 118 kes baru.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker