Beza Menteri Kewangan PN dengan Menteri Kewayangan PH, Bagai Langit Dengan Bumi!

Share

Semua maklum bahawa latar belakang kedua menteri kewangan ini sangat berbeza. Seorang dengan kelayakkan akademik dan pengalaman sebagai mantan CEO Bank terkemuka di dalam negara dan rantau asia, seorang lagi bekas banduan yang kantoi menipu kununnya beliau Akauntan bertauliah dari Australia.

Bekas banduan yang juga merupakan setiausaha agung DAP, sebenarnya merupakan graduan ekonomi dan perakaunan di Australia, lapor Malaysiakini. Katanya, agak sukar bagi beliau mendapatkan tawaran untuk bekerja dalam 8 syarikat perakuanan terbesar ( Big 8)  pada tahun 1984, berbanding rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, setelah beberapa bulan gagal dalam temuduga di beberapa firma utama perakaunan itu, akhirnya beliau menerima juga tawaran kerja, tetapi kegembiraan itu hanya sementara kerana dipecat setelah seminggu bekerja. https://ttkm.com.my/2019/10/16/tahukah-anda-menteri-kewangan-adalah-akauntan-yang-gagal/

Sebab apa bekas banduan ini dipecat biarlah menjadi rahsianya sendiri. Berbalik soal  penipuan secara terang terangan ini, kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan walaupun sebenarnya bekas banduan ini boleh didakwa di bawah Seksyen 25(e)Akta Akauntan 1967. Dibawah seksyen ini menyebut dengan jelas ia menjadi kesalahan jenayah kepada mana-mana individu yang mendakwa dirinya sebagai akauntan kecuali berdaftar dengan MIA. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.

Syukurlah Allah melindungi negara kita ini daripada makhluk seperti ini. Bayangkan baru suku setengah penggal menerajui pengurusan kewangan dan ekonomi negara, Malaysia telah berjaya memperolehi pengiktirafan oleh Bloomberg sebagai The World’s Worst Major Stock Market In The World  https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-04-15/malaysia-s-stock-market-keeps-missing-out-on-the-global-rally.

Ini adalah bukti satu pencapaian yang amat hebat yang ditinggalkan yang kemungkinan besar gagal dicapai oleh mana – mana menteri kewangan yang terdahulu dan akan datang.

Ini hanya perbezaan kecil dan ringkas yang tunjukkan oleh Najib Razak dalam FB beliau..

ZAMAN PH (Akauntan gagal yang tidak bertauliah):
Malaysia bankrap dengan hutang RM1 trilion bawah Najib. Kita kena pinjam bon Samurai, bon Panda, pinjam dari Asia Development Bank. Kita perlu cairkan aset untuk kukuhkan kewangan. Duit GST sudah dirompak Najib/BN. Kita perlu jarah RM104 bilion dari Petronas.

ZAMAN PN (CEO Bank):
Malaysia tak bankrap. Kita cukup dana dalam negara. Aset dalam negara dan rizab tempatan besar. Tak perlu pinjam dari luar negara. Kita tak perlu jarah Petronas. Menteri Kewayangan PH dan rejim Gagalkrasi PH adalah penipu besar!

 

Aman Yatim

Leave a Reply