Anggota polis dan isteri antara 6 maut dalam nahas 3 kenderaan

LAHAD DATU: Anggota polis dan isteri antara 6 yang maut dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membantu, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Nasri Mansor berkata nahas pada 8.30 pagi itu membabitkan sebuah treler yang membawa muatan diesel, kenderaan Isuzu D-Max dan Proton Saga.

“Lizam Ibrahim, 50, anggota polis berpangkat sarjan yang memandu Isuzu D-Max bersama isterinya, Suhana Wahap, 39, seorang suri rumah maut di lokasi kejadian,” katanya satu kenyataan. Beliau berkata, Lizam yang sebelum ini berkhidmat di Balai Polis Kinabatangan, baru seminggu bertugas di Balai Polis Cenderawasih, Tungku dekat sini.

Nasri berkata, 4 individu lain yang maut ialah pemandu treler Tajuddin Mansur, 64, serta 3 lagi individu yang menaiki Proton Saga, iaitu Mohamad Faddhil Abd Jaid, 36, Mohd Jamil Janil, 22, dan Hatijah Jakaria, 35. Katanya, siasatan awal mendapati pemandu treler dari arah Lahad Datu ke Tungku itu, hilang kawalan ketika menuruni bukit dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga dan Isuzu D-Max dari arah Tungku. Beliau berkata, pertembungan itu turut menyebabkan treler terbabit terjatuh ke dalam gaung sedalam 18m, manakala 2 kenderaan lain remuk.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker