PH Umum Keputusan Rampas Putrajaya Minggu Depan

Terkini di My KMU !!!!---->

PETALING JAYA – Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan keputusan mengenai usaha mengambil alih kerajaan kini yang diterajui Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh seminggu ini.

Menurut kenyataan bersama kelima-lima pemimpin parti komponen PH, perbincangan mengenainya hari ini berjalan lancar tanpa sebarang perbalahan dan perbezaan pendapat.

“Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap parti dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” katanya kenyataan bersama hari ini.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke ibu pejabat PKR di Merchant Square, di sini bagi mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 3 petang tadi.

Antara yang hadir ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam itu bagaimanapun belum mempunyai sebarang kata putus, bahkan Mahathir bersikap berdiam diri apabila ditanya pemberita ketika beredar pada jam 6.20 petang tadi.

Spekulasi PH cuba merampas Kerajaan Persekutuan bertiup kencang sejak beberapa minggu ini, khususnya dari segi jumlah sokongan Ahli Parlimen didakwa mengatasi Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sumber : MalaysiaGazette

3 thoughts on “PH Umum Keputusan Rampas Putrajaya Minggu Depan

  • June 10, 2020 at 00:38
    Permalink

    jangan pulak minggu depan izrail yang rampas(bukan cabut tarik pelan2) keluar nyawa dari halkum atok 94 tahun

    Reply
    • June 11, 2020 at 19:17
      Permalink

      Sesungguhnya Engkau Ya Allah, lebih mengetahui akan segala²nya. Kami memohon kpd Mu, Kurniakanlah yg terbaik untuk agama Islam, umat Islam dan rakyat di bumi Malaysia ini.

      Reply
  • June 10, 2020 at 07:48
    Permalink

    Kita pun pelik dengan perangai Orang2 Tua dalam Pakatan Haprak ni. Kalau budak2 belum baligh bergaduh berebut nak jadi ketua pasukan bola bolehlah kita faham, tapi mereka ni dah melepasi expiry date, sorang kira2 tunggu time je nak bagi goodbye kat dunia ni. Yang melucukan tu ialah benda yang direbut tu adalah satu mimpi atau maya; macam berebut bidadari yang cuma wujud dalam hologram !! Punyalah gila nak rangkul bidadari maya itu hingga mereka tak peduli ahli2 dan penyokong2 sendiri dah lari seorang demi seorang kerana berpendapat ketua2 mereka dah sewel.

    Reply

Leave a Reply