Noor Hisham sebak umum persaraan ‘panglima perang’ Dr Rohaizat

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan persaraan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Rohaizat Yon, seorang “panglima perang” yang bersara wajib selepas berkhidmat lebih 30 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan persaran Rohaizat di penghujung sidang media Covid-19 hari ini dengan nada sebak.

“Dengan berat hati saya maklumkan hari ini hari terakhir salah seorang ‘panglima perang’ saya, iaitu Rohaizat, akan bersara wajib pada 10 Jun setelah berkhidmat selama 35 tahun 10 hari bersama pasukan kementerian mengharungi dan memerangi wabak Covid-19.”

Hisham mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen tinggi yang beliau tunjukkan sepanjang berkhidmat kepada rakyat, disambut tepukan gemuruh pegawai kementerian dan petugas media.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker