GILA APA INI? BERSATU PECAH, UMNO JUGA SALAH.

Share

*BERSATU PECAH, UMNO JUGA SALAH?*

Saya membaca tulisan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin bertajuk Bersatu Pecah, UMNO Mencelah dengan penuh ketakjuban dan kehairanan.

Adalah sangat menghairankan bagaimana seorang bekas wartawan tersohor membuat beberapa tuduhan tidak berasaskan fakta dan catatan sejarah yang berlaku beberapa bulan lalu.

Pertamanya, naratif Kadir bahawa kerajaan ini diketuai oleh pemimpin yang mengepalai gerakan tidak demoktarik adalah menyimpang daripada catatan sejarah negara.

Kerajaan ini ditubuhkan setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menurut sebahagian besar laporan media, catatan blog, media sosial dan kebocoran rakaman mesyuarat Bersatu, ia menunjukkan usaha menjatuhkan kerajaan sebelum ini bermula dari dalam rangkaian Dr Mahathir sendiri.

Malah semua orang masih ingat bahawa Dr Mahathir sendiri selepas meletak jawatan telah berjumpa banyak pemimpin parti untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang tidak lagi membawa simbol Pakatan Harapan.

Kedua, saya tidak boleh mengulas perpecahan yang berlaku dalam Bersatu hari ini kerana saya tidak berada di dalam sana.

Namun cubaan untuk menjadikan UMNO sebagai ‘kambing hitam’ dalam perpecahan Bersatu sangat bertentangan dengan logik akal.

Kadir Jasin mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi talian hayat kepada UMNO. Kononnya UMNO yang sedang nazak telah diselamatkan daripada kematian dan kini menjadi burung hering (pemakan bangkai) yang menunggu kematian Bersatu.

Jika Kadir tidak terlalu sibuk di ‘Menara Ilham’ tentu beliau sedar bahawa realiti politik negara sejak setahun lepas tidak lagi berpihak kepada Bersatu dan Pakatan Harapan.

Kadir sebagai orang lama dalam politik negara pasti sedar bahawa gabungan BN-PAS mewakili lebih 5 juta undi popular dalam PRU-14, berbanding PH hanya 4 juta lebih.

Sejak pertengahan tahun 2019, kebanyakan penganalisis politik berpendapat BN-PAS akan memerintah negara menjelang PRU-15.

Ini berdasarkan keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan sentimen masyarakat Bumiputera.

Malah dalam PRK Parlimen Kimanis lalu, calon BN menang mengalahkan PH dengan majoriti lebih besar.

Dalam PRU-14, BN hanya menang majoriti 156 undi. Namun kali ini, ketika UMNO berada di blok pembangkang dan dimomokkan kononnya majoriti orang Sabah benci UMNO, calon UMNO menang dengan majoriti 2,029 undi.

Justeru, menyatakan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional ini sebagai talian hayat kepada UMNO dan PAS adalah sebuah falasi dan bersifat emosional.
Muafakat Nasional telah berada dalam keadaan terbaik untuk mengambil alih pentadbiran negara ini melalui PRU jika Parlimen dibubarkan.

Namun atas nasihat dan pandangan Yang di-Pertuan Agong, kita menubuhkan kerajaan ini.

Realitinya BN, PAS, GPS dan kumpulan bebas yang keluar daripada PKR telah menyelamatkan negara ini daripada permainan politik murahan Dr Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika dunia dilanda pandemik COVID-19.

Terimalah hakikat, semua ini tidak terjadi jika Dr Mahathir tidak meletak jawatan. Berhenti menyalahkan orang lain terutamanya UMNO.

Datuk Zahidi Zainul Abidin
9 Jun 2020

3 thoughts on “GILA APA INI? BERSATU PECAH, UMNO JUGA SALAH.

  • June 10, 2020 at 11:33
    Permalink

    sepatutnya orang yang waras tahu berfikir serta berintelektual akan berkata UMNO yang sebenarnya memberi talian hayat pada PPBM…sebenarnya si kadir musibat ini nak hasut ahli & pemimpin PPBM supaya membenci presiden mereka kerana memberi talian hayat pada UMNO sedangkan hakikatnya majoriti ahli & pemimpin PPBM merasa teramat lega dapat membentuk satu kerajaan baharu bernama PN untuk bersama-sama mentadbir negara bersama UMNO & yang lain

    bila sudah berada dalam satu jemaah(PN) dimana majoriti sekutunya adalah sebangsa & seagama, ahli & pemimpin PPBM ini tidak lagi merasa telah membawa atau terbawa najis mughallazah dap sepertimana mereka pernah rasa bila berada dalam pakatan hancing(ph) dahulu

    tanpa disedari, kadir jasin telah memperlihatkan akal beliau telah jatuh pada kepala lututnya bila berkata PPBM memberi talian hayat pada UMNO

    apakah kadir jasin masih belum tahu ramai ahli & pemimpin PPBM merasa kotor kerana telah membawa & terbawa najis mughallazah dap bila berada dalam pakatan hancing(ph) dahulu?

    kadir jasin tidak tahu kerana diri beliau penuh dengan najis! najis mughallazah yang diperkatakan ialah tentang kekotoran lubang tahi & babi…lubang tahi ialah pkr & babi ialah dap

    Reply
    • June 10, 2020 at 12:33
      Permalink

      Terbaik! Saya suka komen saudara.

      Reply
  • June 10, 2020 at 13:59
    Permalink

    “sepatutnya orang yang waras tahu berfikir serta berintelektual akan berkata UMNO yang sebenarnya memberi talian hayat pada PPBM…sebenarnya si kadir musibat ini nak hasut ahli & pemimpin PPBM supaya membenci presiden mereka kerana memberi talian hayat pada UMNO sedangkan hakikatnya majoriti ahli & pemimpin PPBM merasa teramat lega dapat membentuk satu kerajaan baharu bernama PN untuk bersama-sama mentadbir negara bersama UMNO & yang lain”

    UMNO harus mengekalkan rasa tidak tergamak meluahkan (untuk tujuan mengungkit) kata memberi talian hayat pada PPBM demi untuk menjaga hati & semangat setiakawan/persaudaraan yang telah terjalin…simpan dalam hati dulu, hehehehe

    Reply

Leave a Reply