COVID-19: Jumlah kes positif global hampiri 7.2 juta

Share

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.18 juta berbanding 7.07 juta pada Isnin.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan angka menghampiri 2 juta kes.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.18 juta berbanding 7.07 juta pada Isnin.
Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, jumlah kes positif global kini meningkat kepada 7.18 juta berbanding 7.07 juta pada Isnin.

Kes positif COVID-19 di Brazil pula terus menunjukkan trend peningkatan dengan pertambahan lebih 15,000 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif positif 707,000 kes.

Rusia pula ketiga tertinggi dengan melebihi 484,000 kes.

Empat lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 ialah United Kingdom (UK), India, Sepanyol dan Itali.

Sembilan negara berada dalam kelompok dengan kes jangkitan melebihi 100,000 kes iaitu Peru, Perancis, Jerman, Iran Turki, Chile, Mexico, Arab Saudi dan Pakistan.

Kes positif di Kanada bakal melepasi 100,000 kes dalam tempoh 24 jam selepas merekodkan lebih 98,000 pada Isnin.

Awani

Leave a Reply