2 Lagi Ahli Parlimen PKR Dari Sarawak Bakal Keluar Parti

2 Lagi Ahli Parlimen PKR Dari Sarawak Bakal Keluar Parti?

Dua lagi Ahli Parlimen PKR dari Sarawak dimaklumkan bakal meninggalkan parti itu bagi menyertai langkah Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Anak Muyang untuk memberi sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional(PN).

Sumber dalaman PKR memberitahu Dua Ahli Parlimen tersebut Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Kawasan Julau) dan Dr. Michael Teo Yu Keng (Kawasan Miri).

Akhir-akhir ini berita berkenaan ahli-ahli parlimen di kedua-dua blok sama ada dari Perikatan Nasional dan PAkatan Harapan yang mahu berubah sokongan, kerap dilaporkan.

Walau bagaimanapun, tidak semua berita yang dilaporkan tersebut berakhir dengan lompatan seperti yang dilapor.

Namun, sekiranya Larry Soon dan Michael Teo mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Lubok Antu, Juga Muyang yang meninggalkan parti itu beberapa hari lalu maka, tiada lagi Ahli Parlimen PKR di Sarawak.

Ia berikutan kerusi Ahli Parlimen Sarawak yang dimiliki oleh PKR sebelum ini hanya terdiri dari Miri, Lubok Antu dan Julai.

Setelah Lubok Antu meninggalkan parti itu, PKR kini hanya mempunyai dua kerusi parlimen di negeri tersebut.

Dalam perkembangan sama, semalam, Malaysia Gazette melaporkan sekurang-kurangnya empat Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan akan bertindak menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat.

Sumber akhbar berkenaan memaklumkan, mereka mahu membuat keputusan berkenaan susulan kedudukan politik negara yang dilihat tidak stabil.

SUARA.TV

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker