Ibu negara dilanda banjir kilat, pokok tumbang

KUALA LUMPUR,18 Julai — Beberapa kawasan sekitar ibu negara dilanda banjir kilat selain kejadian pokok tumbang susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan dilanda banjir kilat ialah di hadapan Masjid Ububiah, Jalan Segambut Dalam melibatkan air naik setinggi satu kaki.

Turut dilaporkan lima kejadian pokok tumbang di hadapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Taman Pusat Kepong, Taman Tun Dr Ismail, Taman Sri Rampai dan Sungai Penchala.

Kejadian pokok tumbang itu turut menyebabkan tiga kenderaan dan bahagian dapur sebuah rumah rosak.

Menurut kenyataan itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker