“Gurauan Tetek Pelamin” Antara Badi Kerajaan & Penyakit Rakyat.

Apabila penulis kali pertama melihat gambar ini persoalan pertama yang timbul dibenak penulis adakah majlis ini berlaku di negara kita atau di seberang. Lebih memeranjatkan apabila diketahui wanita yang merelakan “aset”nya ditakluki itu adalah kakak kandung kepada si pengantin lelaki. Astagfirullahalzim.. apa nak jadi dengan orang kita hari ini apabila maruah dan harga diri dicemari hanya atas alasan gurauan.

Sudah hilang akalkah?

Sebelum ini kita dikejutkan sewaktu raya pertama apabila viral #picitchallenge, sisuami mengambil gambar berdua dengan isteri pada hari raya pertama sambil memicit punggung isteri. Inilah kegilaan setelah 22 bulan PH memerintah, pembawaan pengaruh liberal dalam kerajaan itu benar – benar meresap dah sudah mengakar agaknya dalam masyarakat kita.

Walau bagaimanapun syukurlah, takdir Allah menjatuhkan kerajaan yang munafiq yang menekan rakyat saban hari dengan pelbagai perkara dan polisi yang menggila hala tujunya dan akhirnya membuat pusingan U sebagai perjalanan akhir.



Bayangkanlah bertapa huru – haranya keadaan dalam negara dalam mengendalikan Pendemik Covid 19 ini jika kerajaan yang ada pada hari ini masih lagi kekal dengan Kerajaan Pakatan Kencing itu. Pasti angka kematian naik menggulung dengan bilangan kes yang mencapai tahap jangkaan lengkungan graf seperti Itali dan negara Eropah yang lain. Nuzubillahiminzalik..

Apa pun kesalahan yang kerajaan terdahulu lakukan kerajaan yang sedia perlulah mengambil tanggungjawab untuk memulihkan keadaan supaya menjadi lebih baik, begitu jugalah kisah “Gurauan Tetak Pelamin” yang akan menjadi pengajaran kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa majlis tersebut.. Yang pasti ianya akan dikenang dalam jangka masa yang lama selagi mana internet ini wujud.

Penulis sisipkan artikel berkaitan dibawah untuk bacaan..

May The Force Be With You!



Aman Yatim

 


 

Saya ambil ini sebagai pengajaran



“SAYA mohon orang ramai padam dan berhenti menularkan gambar ‘kurang senonoh’ rakan saya daripada media sosial masing-masing, ini adalah kesalahan saya semata-mata mahu bergurau sempena ulang tahun kelahiran rakan baik.”

Demikian penjelasan seorang jurugambar perkahwinan yang mahu dikenali sebagai Syafiq Avy, 33, selepas gambar sepasang pengantin bersama seorang wanita dalam keadaan tidak senonoh menjadi tular di media sosial.

Syafiq dari Kuching, Sarawak itu mengakui tindakan tanpa berfikir panjang itu menyebabkan rakannya yang juga pengantin lelaki berusia 29 tahun dan dua wanita dikecam teruk netizen.

“Wanita yang berada di tengah itu adalah kakak kandung kepada pengantin lelaki dan gambar itu adalah untuk simpanan peribadi kami saja.



“Bagaimanapun, saya akui ini semua salah saya kononnya untuk bergurau dengan rakan sempena ulang tahun kelahirannya dan memuat naik gambar berkenaan di Facebook saya.

“Tidak sangka, hantaran saya menjadi tular dan rakan, kakak serta isterinya dikecam teruk netizen,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, sebaik menyedari gambar itu tular, dia menghubungi rakannya untuk memohon maaf dan memadamnya segera.

“Walaupun rakan saya sudah memaafkan saya namun terbit rasa bersalah berikutan muka mereka kini menjadi tular disebabkan gurauan keterlaluan saya.



“Saya mengambil ini sebagai pengajaran dan berharap orang ramai tidak mencontohi tindakan saya, bergurau juga ada batasnya lebih-lebih lagi membabitkan maruah seseorang,” katanya kesal.

Ditanya bila gambar berkenaan diambil, Syafiq berkata, gambar itu diambil ketika perkahwinan rakan baiknya pada April tahun lalu.

“Ketika saya meminta mereka bergambar gaya bebas, secara spontan mereka bertiga melakukan aksi berkenaan.

“Tidak tahu apa yang ‘merasuk’ fikiran, saya boleh memuat naik gambar berkenaan di Facebook saya sehingga tular, pengalaman ini memberi saya pengajaran berharga,” katanya.



HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker