Fakta Disebalik Jendela, PROTON Idea Mahathir? Nanti Dulu..

Terkini di My KMU !!!!---->

Projek kereta nasional, Proton yang selama ini digembar-gemburkan sebagai projek cetusan idea Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya merupakan usaha perniagaan yang dibuat oleh rakyat Singapura yang rapat dengan Dr. Mahathir.

Berdasarkan maklumat dan analisa yang dibuat melalui pendedahan peranan Rin Kei Mei, seorang warga Singapura di dalam EON Berhad, dapat disimpulkan bahawa idea untuk membuat kereta nasional datangnya daripada kepentingan perniagaan Rin Kei Mei sendiri.

Menurut beberapa sumber yang mengenali Rin Kei Mei, hubungan rapat Rin dan Dr. Mahathir sejak Dr. Mahahtir menjadi Pengerusi FIMA dan kemudian selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjadi pencetus kepada bertautnya kepentingan perniagaan warga Singapura itu di dalam beberapa projek nasional.

Difahamkan idea untuk mewujudkan projek kereta nasional datangnya dari Rin Kei Mei yang mempunyai hubungan rapat dengan Mitsubishi Corporation yang menjadi syarikat kerjasama pengeluar kereta Proton.

Hakikat ini dapat dibuktikan melalui syarikat Rin Kei Mei, Kualapura Sdn Bhd yang menurut catatan syarikat itu dimiliki 50 peratus oleh Rin dan 25 peratus oleh Mitsubishi Corporation dan 25 peratus lagi oleh Mitsubishi Motor Corporation.

Rin Kei Mei dikatakan bertanggungjawab membawa idea penubuhan Proton dan membawa bersama Mitsubishi sebagai rakan kongsinya untuk meyakinkan Dr. Mahathir untuk melaksanakan projek kereta nasional berkenaan.

Dr. Mahathir yang akhirnya bersetuju dengan idea pengeluaran kereta nasional berkenaan telah menggunakan seluruh sumber kerajaan untuk membawa Mitsubishi bersama-sama menjayakan idea Rin Kei Mei tersebut.

Setelah berhasil, Proton disebut-sebut sebagai idea Perdana Menteri dan beliau disifatkan sebagai arkitek kepada industri berat negara ini.

Namun hakikatnya menjelang persaraan beliau, sejarah tidak dapat diubah apabila terbukti Rin Kei Mei melalui syarikatnya Kualapuara Sdn Bhd yang turut dimiliki bersama oleh Mitsubishi adalah pencetus idea berkenaan bukannya Dr. Mahathir.

Persoalan yang timbul selepas Proton dilancarkan, Rin Kei Mei tidak berhenti setakat itu sahaja malah membawa idea penubuhan syarikat pengedar kereta nasional yang dikenali Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON Berhad).

Rin Kei Mei bukan sahaja membawa idea penububuhan Proton tetapi dengan kepentingan perniagaan menjadi pencetus kepada penubuhan EON Berhad dan beliau merupakan pemegang saham berpengaruh dan besar di dalam EON Berhad.

Apa yang jelas idea yang kononnya dicetuskan oleh Dr. Mahathir sebenarnya membuka ruang `rezeki’ yang besar kepada seorang warga Singapura – Rin Kei Mei.  Sumber 

 

PROTON bermasalah tapi pemegang saham EON telah kaut untung lama dulu

PROTON Menghadapi Masalah Tetapi Pemegang Saham EON Telah Mengaut Keuntungan Lama Dahulu – Mahathir Memang Hebat?

Kisah Proton telah mencengkam Malaysia baru-baru ini tetapi yang mendapat faedah dan keuntungan sebenar dari Proton adalah sebuah syarikat bernama EON, yang telah dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk kereta Proton bermula dari pengeluaran pertama Proton.

Ya, Proton telah diwujudkan untuk membuat kereta manakala EON juga ditubuhkan untuk menjualnya – yang merupakan perkiraan pelik kerana Proton juga boleh dengan mudah menubuhkan rangkaian pengedarnya sendiri (yang akhirnya dilaksanakan setelah 20 tahun kemudian dikenali sebagai Proton Edar).

Tetapi ada sesiapa yang pernah bertanya mengapa warga Singapura telah memiliki sehingga 20% daripada pengedar kereta Nasional EON dari mula lagi dan merupakan Timbalan Pengerusi?

Ya, Warga Singapura Rin Kei Mei (yang meninggal dunia beberapa tahun yang lalu) adalah kawan kama Mahathir (dikatakan telah dikenali beliau ketika Mahathir sedang belajar di Singapura) dan dikhabarkan menjadi orang yang telah meminta Mahathir untuk menubuhkan Proton. Rujuk di sini.

Malah, Mahathir begitu akrab dengan Rin dan apabila Mahathir pergi ke China pada tahun 1997 untuk cuba ‘set-up’ sebuah kilang enjin milik bersama, Rin pergi bersama-sama dan kemudian juga dilantik sebagai Naib Pengerusi bagi Usahasama tersebut, Rujuk di sini.

Walau bagaimanapun, Rin tidak dapat memegang saham secara langsung dalam Proton tetapi sebaliknya memegang kepentingan besar dalam EON – maka dia boleh mendapat keuntungan daripada Proton.

Menurut Profesor KS Jomo, dari awal, Proton telah menjual kereta pada harga yang sangat memihak kepada EON.

Selain itu, EON ditambah dalam pelbagai “pilihan wajib” aksesori berharga beribu-ribu setiap kereta jelas sangat jauh terlalu mahal dan tidak berbaloi yang meningkatkan lagi margin keuntungan besar yang sudah mereka terima.

Jika kita tidak mahu menerima pakej aksesori maka kita perlu menunggu masa yang lama untuk penghantaran – jadi mahu tidak mahu terpaksa menerima pakej “pilihan wajib”.

Dan lebih teruk adalah bahawa buku tersebut itu mengatakan bahawa tambahan 0.9% ditambah kepada kadar faedah bank untuk pinjaman kereta dan jumlah ini telah diberikan semula kepada EON oleh bank.

Jadi, bukan sahaja EON membuat keuntungan dari Proton dari harga kilang yang murah, mereka memaksa pelanggan mereka untuk membeli aksesori terlalu mahal, mereka juga memaksa pelanggan mereka untuk memberikan kepada mereka 0.9% dari potongan ansuran pinjaman bulanan mereka selama bertahun-tahun.

Malah, pelbagai cerita tersebar terdapat ramai pelanggan juga kerika itu terpaksa merasuah jurujual EON yang sangat sombong jika mereka mahu membeli kereta – menjadikan ramai jurujual EON menjadi jutawan.

Disebalik untuk memberikan kereta yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah kepada Rakyat, tindakan Mahathir memaksa Rakyat membeli kereta harga tinggi yang tidak berbaloi dengan berkualiti lebih rendah (dengan penarafan keselamatan 1 bintang), membayar untuk aksesori dengan harga terlampau mahal melebihi harga sebenar (atau anda tidak dapat membeli kereta), memaksa rakyat untuk merasuah jurujual dan rakyat terpaksa membayar faedah ke atas kereta yang jauh lebih mahal dari harga sebenar dan aksesori terlalu mahal selama bertahun-tahun kepada kawan-kawannya – malahan dibayar kepada kawan Mahathir warga Singapura.

Mereka boleh melakukan semua perkara di atas kerana terdapat sedikit persaingan ketika itu kerana Kerajaan Mahathir telah mengenakan cukai 100% terhadap kereta setara dipasang dalam negara dan 300% ke atas kereta yang diimport sepenuhnya.

Pertumbuhan EON adalah meledak mendadak (seperti yang anda lihat dalam carta). Keuntungan dan jumlah aset yang dimiliki berkembang bagai nak gila. Malah, jumlah aset bertambah mengejutkan 5,100% dalam masa beberapa tahun penubuhannya.

EON adalah lebih menguntungkan daripada rakan-rakan Mahathir yang sudah super menguntungkan YTL dengan perjanjian kuasa IPP mereka sangat berat sebelah!

EON menjadi begitu kaya dan mereka akhirnya membeli dan memiliki bank mereka sendiri, EON Bank – mungkin pengedar kereta pertama di dunia yang berjaya membeli bank mereka sendiri.

EON Bank akhirnya dijual kepada Hong Leong pada nilai RM5.4 bilion kemudiannya – dengan warga Singapura Rin Kei Mei sebagai pemegang saham utama dan meraih berbilion-bilion.

EON adalah terlalu banyak sejarah manakala Proton sedang bermasalah sekarang – tetapi semua pemegang saham EON telah membuat keuntungan berbilion bertahun-tahun yang lalu.

Sekarang, adakah anda masih mahu menangis bersama-sama dengan Mahathir apabila 49% daripada Proton akhirnya dijual?

 – Lim Sian See

Leave a Reply